Wednesday, March 15, 2023

Maksud Menjaga Jarak

 

Pxxxxx Hxxxx Al-Xxxxxx memberikan komentar kepada penulisan pendek sahaya yang berbunyi : "Mahu hidup tenang? Umumnya maafkan semua orang dan jaga jarak agar mudarat daripada mereka sukar untuk sampai."


Tulisnya : "Menarik pesanan ringkas ustaz dan penuh bermakna, cuma.. nak minta ustaz takwilkan perkataan “jaga jarak agar mudharat daripada mereka sukar untuk sampai”... agar penafsiran ayat tersebut dapat saya fahami dengan lebih jelas lagi."


JAWAPAN :

Ada jenis orang yang apabila kita berada "dekat" dengan mereka, mereka suka "ketuk kepala" kita berulang kali atau berterusan. Tetapi apabila kita "jauh" daripada mereka, mereka susah untuk "mengetuk" lagi. Jika kita terkena pun, jarang2 sekali dan "ketukan" itu kurang kuat kerana "jauh". Malah ada yang memang tidak dapat "mengetuk" kita lagi. Inilah yang dimaksudkan dengan kita jaga "jarak" kita dengan mereka, maka mudarat daripada mereka sukar untuk sampai dan terkena kepada kita.


Jika dekat, mereka akan "ketuk" lagi dan lagi, selalu. Hal ini akan menyebabkan beberapa keadaan yang sangat tidak bagus iaitu :

1. kita berterusan mendapat mudarat, selalu akan kena "ketuk kepala" dari semasa ke semasa.

2. mereka selalu akan membuat dosa. Kita sayangkan mereka dan tidak mahu mereka mendapat murka dan dosa kerana rajin "mengetuk kepala" kita.

3. jika kita membalas pula ketukan mereka walaupun sesekali, biasanya keadaan akan menjadi lebih buruk. Selalu juga kita pula yang dipandang sebagai salah atau lebih salah oleh orang lain.

4. apabila kita terlalu lama bertahan, disakiti dan bersabar, jika suatu hari nanti kita bertindak balas, takut2 kita terlebih atau terlepas balas. Maka ketika itu kita pula mendapat murka dan dosa.


Oleh sebab itu, adalah sangat baik jika kita dapat maafkan sahaja mereka dan kita terus "menjaga jarak" untuk kebaikan semua pihak. Wallahua'lam.


13/3/23

No comments: