Friday, March 10, 2023

Kepada Suami, Isteri dan Anak2

 

Kepada suami, isteri dan anak2.


Kepada suami : Isterimu mungkinlah bukanlah ilmuwan agama yang banyak tahu, banyak amal, banyak faham dan banyak penghayatan agama. Dia sangat berharap kepadamu. Dari situ, bolehlah dia menyalurkannya pula kepada anak2. Pastilah ada banyak silap dan kurangnya dalam beragama. Janganlah engkau mudah2 berkeras dengannya. Bahkan, engkaulah yang bertanggungjawab sebagai imam dan muallim kepadanya. Engkaulah yang lebih utama untuk mencontohkan dirimu agar dapat memotivasikan isteri dan anak-anak.


Kepada isteri : Suamimu mungkinlah bukanlah ulama yang tahu serba-serbi hal ehwal agama. Tetapi dia mahu berusaha untuk mengilmukan dirinya dan mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, sebagai ketua bani, sekalipun dia sedar ilmu dan amalnya tidak banyak. Pastilah ada salah silapnya kerana dia pun belajar2 juga. Yang lebih penting ialah sokongan dan doronganmu agar dia dapat menambahkan ilmu, amal, pemahaman dan penghayatannya dalam hal ehwal agama. Kemudian, dapatlah dia menerapkannya kepada keluarga. Contohkanlah dirimu agar dapat juga memotivasikan suami dan anak2.


Kepada anak-anak : Ibu bapa kalian mungkin bukan ilmuwan agama. Sudah tentulah ada salah dan kurang mereka. Tetapi mereka berdoa, berharap dan berrusaha agar kalian dapat jadi orang yang berilmu dan beramal agama. Mereka suka jika kalian dapat melebihi mereka pula dalam berilmu dan beramal agama. Pelajaran, kelulusan, kedudukan dan pendapatan mereka mungkin tidak setanding dengan kalian. Tetapi percayalah, mereka sangat mahu agar kalian terlepas daripada neraka dan menjadi ahli syurga, sekalipun mereka mungkin tidak mahir cara2nya. Bersabar2lah dengan mereka.


7/3/23

No comments: