Apabila usia sudah separuh abad, anak2 pula semakin dewasa, maka kenalah melapangkan lebih masa untuk mentarbiah anak2. Merekalah yang terhampir dengan kita, yang paling banyak masa dengan kita, dan paling banyak menyaksikan ahl ehwal kita, maka mereka antara individu2 yang sangat penting untuk ditarbiah.
Dalam lebih suku abad yang lalu ini, sangat banyak masa ditumpukan kepada tarbiah orang2 lain. Kini di asar2 (atau mungkin juga di senja2 usia), nak kena beri lebih masa kepada tarbiah anak2 sendiri. Menjadi atau tidak, kita pulangkan kepada Allah SWT. Bahagian kita hanya berusaha dan berikhtiar dengan gigih sahaja.
Jika anda terbaca penulisan sahaya yang bermula dengan "Anak2ku", "Wahai anak2ku" dan yang seumpama dengannya, penulisan tersebut sebenarnya adalah untuk anak2. Namun begitu, umumnya isi kandungannya memang sesuai untuk semua orang termasuklah para sufi. Maklumat dalam penulisan itu ada yang sudah dibentangkan kepada anak2 dan ada yang bakal dibentangkan dalam majlis2 tarbiah keluarga.
Sekiranya pada kemudian hari nanti ada antara anak cucu sahaya yang nampaknya terlalai atau terlupa akan pesanan2 itu, tuan2 yang tahu tolonglah peringatkan mereka baik2.
3/3/23
No comments:
Post a Comment