Peringatanku percuma.
Tidak semua yang kukenal
mampu aku ingatkan pada setiap hari.
Maka jika sampai tazkirahku kepadamu,
ertinya engkau antara yang Allah pilih
untuk aku ingat padamu.
Melaluimu
Allah membuka ruang kasih sayang-Nya
dan pahala-Nya kepadaku.
Sebenarnya
aku sedang mengingatkan diriku sendiri
kerana aku selalu alpa, malas dan degil.
Aku kongsikan denganmu
supaya jika ada manfaatnya
dapatlah sama2 kita ambil.
Dakwahku percuma.
Aku tidak meminta balasan.
Aku tidak mengharapkan
sesuatu pulangan daripadamu.
Hanya Allah sahajalah yang membalasku.
Tambahan pula
aku melakukannya kerana cinta kasih.
Pada hakikatnya bukan kerjaku,
kerja Allah belaka.
Dia yang mengingatkan aku dan kamu.
Dia yang memilih aku dan kamu.
Dia yang menggerakkan aku dan kamu.
5/3/23
No comments:
Post a Comment