Saturday, April 1, 2023

Allah Bersumpah dengan Masa

 

Allah bersumpah.

Allah bersumpah dengan MASA (juga zaman),

bahawa manusia itu RUGI

kecuali

ada pada manusia semua ciri2 berikut :

1. beriman (kerja hati qalbu), dan

2. berbuat amal2 soleh (kerja tubuh badan), dan

3. berpesan2 dengan kebenaran (dengan yang haq), dan

4. berpesan2 dengan kesabaran.


Inilah antara senarai semak (check list)

utama kita sehari-hari.

Semoga empat sekawan atau

empat tiang bagi orang2 yang TIDAK RUGI ini

sentiasa ada bersama-sama kita

agar kita tidak termasuk

ke dalam golongan manusia yang rugi

di sisi Allah.

Janganlah tertinggal atau terkurang

walau salah satu

setakat mana yang termampu.


Berpesan2 - ada yang buat, ada yang tidak.

Namun agak ramai yang boleh buat.

Berpesan2 yang berkait dengan KEBENARAN -

ini yang kurang.

Berpesan yang benar2, perlukan KESABARAN

kerana risiko dan dugaannya

bukan kecil2 anak.


Pesan2 utama itu

kepada diri sendiri dahulunya

DAN kepada diri2 yang lain mestilah jua.


Ya Allah,

masukkanlah dan istiqamahkanlah kami

ke dalam golongan manusia yang beruntung.

Janganlah lorongkan kami

ke dalam golongan manusia yang rugi.

Begitulah seterusnya

sehingga ke akhir hayat kami nanti.


Jadikanlah kami orang2 yang beriman,

dan yang mengerjakan perlakuan2 soleh,

dan yang berpesan2 dengan yang haq,

dan yang berpesan2 dengan sabar.


Amin.


28/3/23


*Seorang hamba Allah bertanya - Apakah tips agar tak jemu2 dan tidak lelah dalam menyampaikan? Setelah berfikir2 akan jawapan yang mudah untuk diberi, sahaya pun kongsikan salah satu hal yang sangat memotivasikan sahaya selama hari ini iaitu pesanan2-Nya 'Azza wa Jalla dalam Surah Al-'Asr. Insya-Allah apabila teringat akan isi kandungannya, akan kembalilah dan berterusanlah semangatnya. Semoga bermanfaat. ke blog


@@@ Apabila kita membaca tulisan2 pendek atau mendnegar kata2 pendek, untuk lebihs elamat, baisakan (bukan mestikan) letakkan umumnya di hadapan (di belakang pun ok) dan sebagaimana R4S di belakang.

No comments: