Saturday, March 25, 2023

Gemuk Bulat vs Gemuk Pipih

 

Selepas bulan Ramadhan tahun lepas (2022 - ketika itu sahaya masih menjalankan khidmat perubatan alternatif Islami), ada seorang hamba Allah mengeluh kerana berat badannya meningkat. Dalam 4 bulan, berat badannya meningkat sekitar 20 kg. Dia khuatir jika badannya naik itu kerana penyakit lalu mahu mendapatkan khidmat perubatan alternatif Islami.


Setakat ilmu sedikit yang sahaya pernah pelajari, setelah diperhatikan, pada pandangan sahaya badan naiknya itu adalah kenaikan yang biasa berlaku kepada banyak orang. Kenaikan jenis ini BIASANYA bukan berkait dengan masalah kesihatan walaupun ada juga segelintir yang terlibat.


Ditanyakanlah kepada sahaya, kenaikan yang bagaimanakah yang berkait dengan masalah kesihatan?

Jawabnya, antara yang disebabkan oleh masalah kesihatan sedia ada atau yang membawa masalah kesihatan yang akan berlaku kemudian biasanya :

1. kenaikannya secara tiba-tiba, dalam jumlah yang banyak, dan dalam masa yang sangat singkat.

2. gemuknya gemuk bulat, bukan gemuk pipih.


Ditanya lagi, apakah perbezaan antara gemuk bulat dan gemuk pipih?

Gemuk bulat biasanya berkaitan dengan masalah kesihatan manakala gemuk pipih biasanya kenaikan badan lazim yang jarang berkait dengan masalah kesihatan. Zaman tok nenek kita, (berdasarkan penyampaian guru sahaya dahulu), UMUMNYA mereka sangat berhati2 agar tidak berlaku gemuk bulat walaupun gemuk bulat itu TIDAK SEMESTINYA berkait dengan masalah kesihatan. Ada pengamal2 perubatan tradisional dulu2 menyebutnya sebagai "kenan babi" (rasanya tidak berkaitan tetapi sekadar peristilahan orang dulu2).


Ditanya lagi, macam mana hendak tahu kenaikan badan itu jenis gemuk bulat atau gemuk pipih?

i) Gemuk pipih - macam yang selalu kita lihat sejak kita kecil. Badan seseorang itu membesar isi-isinya tetapi jika diteliti dari bahagian tepi, ada "pipih"nya (tak "membulat"). Bahagian tengan, lengan dan jari2 membesar dagingnya tetapi tidak "membulat". Apabila terjumpa orang sebegini, kita biasa sebut (sebagai contoh), "Amboi, makin sihat nampaknya engkau ni!" dengan senyuman mesra. Jiwa halus kita tidak tercetus pun untuk mengaitkan kenaikan badan orang itu dengan masalah kesihatan.

ii) Gemuk bulat pula - dilihat dari hadapan atau belakang, sekali imbas memang nampak pertambahan isi2 badan sebagaimana kebiasaan. Tetapi jika dilihat dari sisi badan, seakan-akan "membulat" badannya. Pada bahagian tangan, lengan dan jari2 pun jelas terlihat "membulat". Apabial terjumpa orang sebegini, kiat biasa sebut (sebagai contoh). "Eh, badan kamu naik sungguh le! Kamu sihat ke?" dengan wajah sedikit berkerut. Atau jika kita tidak katakan kepada orang itu, mungkin kita ada tersembang dengan orang di sebelah (sekadar contoh), "Eh, naik mendadak badan dia tu kan?. Nampak macam gemuk tak sihat je. Tak tahu le." Secara tiba2 jiwa halus kita seakan2 membuat kaitan antara kenaikan badan seseorang itu dengan masalah kesihatan.


Dari segi lumrahnya, memang masyarakat kita sendiri seolah2 sudah ada tanggapan awal secara semulajadi apabila terjumpa orang yang badannya jadi gemuk - sama ada gemuknya itu atas kenaikan biasa atau kenaikan yang berkait dengan masalah kesihatan.


Ditanya pula, bagaimana jika terjadi gemuk bulat tetapi masih sihat sahaja?

i) Ya, gemuk bulat tidak semestinya membawa penyakit.

ii) Hal2 yang berlaku di dalam badan, kita tak banyak tahu dan selalu juga kita tak tahu (tak sedar) pun apa yang sedang berlaku. Tahu2 nanti tiba2 sahaja berlaku sesuatu.

iii) Biasanya masalah2 kesihatan itu tidak berlaku segera. Ia mengambil sedikit masa untuk munculkan diri.


Ditanya lagi, apa nak buat jika tiba2 terkena gemuk bulat?

Antara usaha dan ikhtiar yang boleh diusahakan :

i) Istighfar banyak2 dan selalu.

ii) Berdoa memohon agar Allah kurniakan kesihatan dan jauhkan masalah2 kesihatan. Sekiranya ada masalah dalam badan, mohon agar dikeluarkan, dihapuskan, ditawarkan kekuatannya dan sebagainya.

iii) Terus jaga kesihatan dan pemakanan.

iv) Sekiranya ada timbul sebarang masalah kesihatan, bertemulah dengan doktor2 dan sebagainya.

Insya-Allah sihat-sihat sahaja hendaknya.


Ditanya pula lagi, bagaimanakah rawatannya dari sudut perubatan tradisi?

Saya tidak mahir dalam masalah yang ini. Masalah gemuk bulat ini jarang2 berlaku.Lebih2 lagi sepanjang merawat (sejak 2005 hingga sebelum PKP), belum terjumpa pesakit yang datang atas masalah gemuk bulat. Cuma sefaham saya, dari segi perubatan tradisi Muslim Melayu dahulu kala, selain daripada doa/bacaan tertentu, rawatan utamanya adalah menggunakan tanah-tanih, di samping kaedah2 dan bahan2 lain. Tanah-tanih itu ada yang jenis dilumur, ada jenis yang dipijak, dan ada jenis yang dimakan atau diminum airnya. Wallahua'lam.


Begitulah ceritanya. Semoga hamba Allah tersebut masih terus sihat sehingga ke hari ini dan seterusnya. Sebenarnya penulisan ini tercetus kerana pada minggu lepas sahaya ada bertemu dengan seorang sahabat. Badannya memang meningkat maju sedangkan sebelum ini pun memang agak besar badannya. Saya sentuh tentang badannya yang naik lalu ditanyalah pendapat sahaya. Setakat yang diperhatikan, peningkatannya itu jenis gemuk pipih. Insya-Allah tidak berkait dengan masalah kesihatan. Alang-alang sudah teringat, ada manfaatnya jika sahaya terus jadikannya satu penulisan. Wallahua'lam.


25/3/23

No comments: