Wednesday, March 1, 2023

Cara Membersihkan dan Mencahayakan Hati

 

PERTANYAAN : Tuan. Bertahun2 saya cuba beramal untuk bersihkan hati. Dalam bertahun2 ini ada masanya saya lalai juga - kadang2 buat dan kadang2 tak buat. Ada naik, ada turun. Jika datang semangat, nak buat bersungguh2 betul, tak culas langsung.


Tapi, sampai sekarang saya rasa hati saya masih tak bersih. Saya rasa masih gelap. Bahasa mudahnya - saya pilih untuk lalui jalan ini sebelum saya berjumpa tuan lagi. Pada hakikatnya tuan dan saya tahu apa dan siapa yang mendorong kita ke arah ini.


Harap tuan dapat membantu dan beri nasihat. Apa yang perlu saya lakukan? Saya hendak merasai "keindahan". Jika perlu amalan khusus selama 40 hari pun insya-Allah saya sanggup. Ini betul2 dari hati saya minta ni tuan. Dah tenat sangat rasa hati ini.


JAWAPANNYA :


Untuk BERSIHKAN hati dan CERAHKAN hati.


Hendak bersihkan dan cerahkan hati, umumnya tidak cukup dengan amalan "duduk2" sahaja (umumnya amalan bersendirian) iaitu amalan2 mulut (bacaan2), amalan2 akal (fikiran2, tafakur2) dan amalan2 hati (rasaan2, alami2) sahaja tetapi hendaklah dengan PRAKTIKALNYA sekali iaitu dalam kehidupan sehari2.


Antara yang boleh diusahakan dan diikhtiarkan :


1. Praktikal 1 - BERTAUBAT (beristighfar) sungguh2, kerap dan istiqamah. Boleh jadi dosa2 dan kesilapan2 kitalah yang menjadi hijab kepada bersihnya dan cerahnya hati. Perlakuan2 yang salah, jangan dibuat lagi. Berhenti terus. Jika sukar untuk meninggalkannya dengan segera, buat beransur2 tetapi sentiasa bergerak dan ada kemajuan. Banyakkan istighfar sepanjang 40 hari rawatan.


Ringkasnya - beristighfar dan tinggalkan segera perlakuan2 yang tidak baik.


2. Praktikal 2 - MUNAJAT. Kena berdoa minta kepada Allah iaitu Pemilik hati, kebersihan dan kecerahan. Doa macam biasa dan cakap bahasa Melayu sahaja (sebut elok2 apa yang dihajati itu)- mohon agar dikurniakan oleh Allah akan hati yang bersih dan cerah. Pada hakikatnya, Dia sahaja yang ada kuasa untuk memberi atau tidak memberi akan kebersihan dan kecerahan hati. Selain daripada Dia, tidak ada yang ada kuasa walau sebesar zarah. Segala tok guru, segala kitab, segala amal, segala usaha prakatikal kita dan sebagainya, langsung tidak ada berkesan (pada hakikatnya). Jadi, kita kena minta kepada Tuannyalah.


Untuk menghampirkan kepada faham, kita ambil manusia sebagai contoh. Jika kita tidak meminta, maka pada adatnya susahlah orang hendak memberi. Jika kita ada meminta, mungkinlah hati orang ada terbuka untuk memberi. Jadi, kena mintalah kepada Allah agar Dia beri kepada kita hati yang bersih dan cerah. Setiap hari minta sepanjang tempoh berubat 40 hari ini.


3. Praktikal 3 - MAAFKAN SAHAJA segala salah silap orang kepada kita. Insya-Allah hati akan terasa semakin bersih dan terang. Sekiranya mudarat daripada mereka sentiasa berlaku atau berkemungkinan berlaku lagi ke atas kita, kita ambil langkah menjauhkan/menjarakkan diri daripada mereka. Apabila sudah dijauhkan/dijarakkan, insya-Allah kita sangat kurang berfikir tentang mereka dan mudarat daripada perbuatan mereka pun sangat sukar untuk sampai kepada kita.


Menjarakkan diri kerana untuk mengelakkan yang lebih mudarat itu tidak sama dengan memutuskan silaturrahim. Jika dekat, kita akan terkena mudarat, mereka juga akan menambah dosa akibat perbuatan2 mereka, dan sekiranya kita tersilap bertindak balas, kita juga akan mendapat dosa dan kesusahan. Maka, maafkan sahaja semua orang. Tak mustahil hal ini menjadi asbab kepada bersih dan cerahnya hati kita.


4. Praktikal 4 - Selain memaafkan, KITA DOAKAN diri kita terutamanya dan mereka yang di atas tadi juga agar menjadi baik dan lebih baik, serta diampunkan dosa2 oleh Allah. Insya-Allah hati kita akan semakin bersih dan cerah.


5. Praktikal 5 - memang selalu kita kongsi rangkap ini:


Zikir Harian tetap dibuat

Solat sunat walau dua rakaat

Baca Al-Quran (dengan menatap mushaf) walau satu ayat

Sampaikan dakwah walau dengan sekadar satu isyarat (atau kata-kata, atau tulisan dsb)...

...pada setiap hari.


Maksudnya kena kemaskan amal2 ibadah harian kita. Biar sikit tapi semua dibuat dalam sehari2 itu. Tak perlu target banyak jumlah, tapi target untuk habiskan semua jenis. Contohnya :

- Bacaan2/zikir2 harian buat semua, walaupun jumlahnya sikit2.

- Solat sunat jangan tinggal, walau satu solat sahaja sehari.

- Tatap dan baca Quran walau satu ayat.


Apabila ibadah kita kemas, insya-Allah hati akan teras lebih bersih dan lebih cerah bercahaya. Apabila ibadah tidak kemas, biasanya hati pun akan mula bersampah-sarap dan malap. Sasarkan 40 hari sebagai tempoh berubat akan hati.


6. Praktikal 6 - Jika dapat melakukan PUASA SUNAT selalu lagi bagus. Dengan izin Allah, puasa memang banyak membantu ke arah kebersihan dan kecerahan hati. Kebetulan tak lama lagi bulan puasa. Insya-Allah banyak membantu tu.


7. Praktikal 7 - SOLAT BERJEMAAH. Usaha dan ikhtiarkan agar dapat selalu mengerjakan solat secara berjemaah di tempat azan dilaungkan (masjid, surau, musolla dan yang seumpama dengannya). Target 40 hari. Dalam tempoh berubat ini, waktu sebelum dan selepas solat kena kurangkan berinteraksi dengan orang lain. Jika perlu, cukup sekadar berbalas salam, senyum, bersalaman dan bertanya khabar ringkas2 sahaja. Pendek kata, jangan menyembang. Setelah habis tempoh berubat 40 hari nanti, jika hendak menyembang pun menyembanglah.


8. Praktikal 8 - JAUHI INDIVIDU2 NEGATIF sepanjang tempoh rawatan ini. Jika ada ahli keluarga, saudara-mara, dan handai taulan yang kita sedia tahu mereka kurang mahmudah, banyak mazmumah, atau dalam kata lain orang2 yang lemah kesolehan dan kewarakannya, kita jarakkan diri dulu buat sementara waktu (40 hari). Jika tiada hal2 bertaraf perlu, eloklah tidak berdekat2 buat sementara waktu. Sebaliknya rapat2kan diri dengan orang2 yang kita rasa ada soleh dan warak. Insya-Allah hati akan semakin bersih dan bercahaya.


9. Praktikal 9 - IKHLASKAN HATI dalam berurusan dengan orang lain. Jangan ada maksud2 yang tidak baik atau kurang baik ketika kita berurusan dengan mereka. Jangan harapkan balasan, dan jangan ambil kesempatan. Balasan dan peluang untuk kita, biar Allah sahaja yang membalasnya. Insya-Allah hati akan terasa semakin bersih dan bercahaya.


10. Praktikal 10 - YANG HARAM dipandang, dilihat dan dicakap, terus stop serta-merta. Apatah lagi jika hendak dikongsi pula dengan orang lain. Fikir yang mulai2, cakap yang mulia2 dan buat yang mulia2 sahaja sepanjang tempoh berubat 40 hari ini. Jangan fikir yang tidak baik, cakap yang tidak baik dan buat yang tidak baik. Contohnya jangan berfikir hendak menganiaya orang, jangan sengaja mencarut, melatah mencarut pun elakkan, jangan sebarkan gambar wanita tidak menutup aurat, jangan dengar suara wanita yang disedap2kan dan dilenggok2kan (nyanyian), dan sebagainya. Jika dapat diteruskan sampai bila2, lagilah sangat bagus. Khuatir hal2 sebegitu menjadi hijab kepada bersih dan cerahnya hati.


11. Praktikal 11 - Jaga MAKAN MINUM - Pastikan yang halal bendanya, cara dapatnya atau belanjanya. Jika dapat yang halal dan bagus/baik (halalan tayyiban) lagi cantik. Cuba elakkan yang syubhat dan yang makruh sekiranya mampu, atau kurangkan. Insya-Allah makanan yang baik akan menempa jiwa yang baik. Dari sini tidak mustahil akan banyak membantu ke arah mendapatkan hati yang bersih dan bercahaya.


12. Praktikal 12 - Niat, usaha dan berikhtiar untuk mencontohi R4S kerana merekalah dalam kalangan umat akhir zaman ini yang paling bersih hati lagi bercahaya hati. Keadaan diri mereka itulah antara yang paling penting membentuk kebersihan dan kecahayaan hati mereka. Jika kita banyak mencontohi keadaan mereka, tak mustahil bersih dan nur hati mereka itu akan berjangkit sedikit-sebanyak ke hati kita.


R - Rasulullah saw

4 - 4 orang sahabat paling utama

S - Sahabat2 utama yang lain


13. Praktikal 13 - Banyakkan PANDANG TEMBUS. Lihat ibu ayah, terus ingat akan Allah. Lihat isteri, ingat ke Allah. Lihat anak, ingat ke Allah. Berurusan dengan orang, ingat bahawa kita sedang berurusan "dengan-Nya" Allah. Ternampak kucing, ingat ke Allah. Begitulah seterusnya. Dengan kaedah begini, hati boleh jadi lembut lalu memudahkan ia dibersihkan dan dicahayakan.


Dari segi amalan "duduk2" sahaja (umumnya dibuat bersendirian) pula :


1. Rajin2 perbaharui syahadah. Maksudnya selalu sebut dan hayati. Sentiasa baharukan.

2. Banyakkan berselawat. Utamakan selawat atas dasar cinta. Kurangkan berselawat atas hendak sesuatu manfaat.

3. Selalu baca dan hayati Doa Cahaya (bacaan sewaktu hendak pergi solat tu).

4. Lafaz Zikir Harian Tarekat Ghazaliyah tu buat sebagaimana untuk zaman akhir iaitu dibaca ketujuh2nya dalam sehari (7,000) sebagaimana yang diijazahkan dalam siri kuliah Pengajian Zaman Akhir. Jika kurang mampu, bacalah berapa pun. Contohnya 100 setiap satunya.

5. Rabitah guru, diri sendiri dan ikhwan sekurang2nya sekali sehari.


Setiap hajat besar tentunya perlu kepada pengorbanan. Gabungan amalan2 ini atau sebahagian daripadanya, insya-Allah akan dapat membersihkan hati dan menghilangkan gelapnya, lalu mendatangkan "keindahan" dan "keindahan-Nya". Lebih2 lagi jika berjaya dibuat dalam tempoh lebih kurang 40 hari itu. Apabila hati sudah bersih atau banyak bersihnya, barulah dapat melangkah ke arah mendapatkan hati yang suci pula. Wallahua'lam.


28/2/23


No comments: