Saturday, March 25, 2023

Aktif Dalam Jemaah Tapi Tidak Ditarbiyah Makrifah

 

Ada seorang hamba Allah yang menggunakan nama Axx Fxxxxx meminta pandangan. Dia sudah lama duduk dalam suatu jemaah atau perkumpulan tetapi sampai sekarang masih belum mengenal Allah, belum ma'rifatullah dan belum mencapai mahabbah. Sudah lebih 30 tahun dia aktif dengan jemaah/perkumpulannya dan punya posisi tertentu dari segi kedudukan. Ringkas kata, masanya memang banyak dihabiskan untuk jemaah/perkumpulan itu.


Antara penyebab utama dia belum mencapai idamannya adalah kerana jemaah/perkumpulan itu tidak menjadikan pelajaran2 itu sebagai salah satu agenda tarbiah untuk anggota. Maka jika dia aktif sehingga ke akhir hayat pun, tetap juga tidak akan mendapat itu semua jika mengharapkan jemaah/perkumpulan untuk mengadakannya.


Dalam 5-6 tahun ini baru dia terperasan bahawa ilmu2 ma'rifah dan mahabbah ini sangat penting sebenarnya lalu dia berasa rugi sekiranya tidak sempat mendapat sebahagian daripada ilmu2 itu. Dari satu sudut, sangat rugilah jika sudah lebih 30 tahun berjuang untuk agama tetapi tidak ditarbiahkan ilmu ma'rifah dan mahabbah lalu tidak berjaya mencapainya.


Sebenarnya di dalam jemaah/perkumpulan itu ada beberapa orang yang punya ilmu ma'rifah dan mahabbah. Namun oleh kerana ia tidak dijadikan agenda jemaah, maka ilmu mereka tersimpan untuk mereka sahajalah. Sesiapa yang mahu, sendiri2lah cari kerana itu agenda masing2 peribadi.


Jadi, bagaimanakah cara untuk dia menambah ilmu ma'rifah dan mahabbah kerana usianya pun sudha lebih separuh abad?


PANDANGAN SAHAYA :


1. Sekiranya masih ada masa yang dapat dibahagikan, teruslah aktif dalam jemaah tersebut dan pada masa yang sama carilah guru ma'rifatullah, mahabbah dsb dan bergurulah. Peranan dalam jemaah dapat diteruskan, dan ilmu2 itu pun dapat dipelajari.


2. Sekiranya masa yang ada sudah sempit dan sukar dapat dibahagikan, cuba kurangkan keaktifan dalam jemaah itu buat sementara waktu, cari guru dan belajarlah. Kerja2 jemaah masih dapat dibuat pada kadar minimum dan ilmu ma'rifatullah pun dapat dipelajari. Memang kena berani dan sanggup berkorban untuk mendapatkan sesuatu yang kita idamkan.


3. Sekiranya masa yang ada sudah sangat sempit dan sangat sukar untuk dibahagikan, berhenti rehatlah daripada jemaah buat sementara waktu. Ibarat orang sakit, berehat dan berubatlah buat sementara waktu sekadar sudah agak sihat maka kembalilah berperanan aktif dengan jemaah. Ma'rifatullah ini berkait dengan qalbu. Jika sakit qalbu walau sebanyak mana peranan kita dalam jemaah, di akhirat nanti kita akan berasa sangat rugi.


Semoga pandangan ini dapatlah kiranya membantu sedikit-sebanyak.


20/3/23


No comments: