Friday, March 3, 2023

Nak Latih Anak2, Latihlah Ibunya

 

Nak latih anak2 tak bertabarruj, latih ibunya dulu. Jika tak menjadi kepada ibunya? Tak mengapa. Kita teruskan juga usaha kepada anak2.


Nak latih anak2 tak mudah terpesona dengan kelazatan2 keduniaan, contohkan dengan diri sendiri dulu dan latih ibunya.


Nak latih anak2 suka baca Al-Quran, contohkan dengan diri sendiri dulu dan latih ibunya.


Nak latih anak2 suka buat solat2 sunat, contohkan dengan diri sendiri dulu dan latih ibunya.


Nak latih anak2 suka menambah zikir, contohkan dengan diri sendiri dulu dan latih ibunya.


Nak latih anak2 agar buat hal2 yang baik dan tidak buat hal2 yang tidak baik, contohkan dengan diri sendiri dulu dan latih ibunya.


Anak2 susah hendak mengikut jika KEDUA2 orang tuanya tidak menunjukkan contoh.


Jiak salah seorang sahaja menunjukkan contoh, biasanya kurang menjadi juga.


Peranan dan tanggungjawab si bapa, itu yang paling jenoh.


Jika tak mampu dan tak menjadi, kita serahkan anak2 kepada orang2 yang ahli (berkemahiran), biasanya guru2 atau orang2 yang anak2 hormat kepadanya.


Jika tak menjadi juga? Kita tetap berterusan berdoa.


Begitulah caranya zaman dulu2. Untuk zaman sekarang pun memang amat sesuai juga.


3/3/23

No comments: