Saturday, March 11, 2023

Kelapangan Yang Menguntungkan?

"Setelah saya tinggalkan aktiviti2 sebelum ini, terasa hidup saya memang lapang dan lebih bermakna. Kepala terasa ringan. Kurang nak berberat2 kepala. Banyak masa dengan keluarga, rumah dan kebun. Banyak urusan hidup dapat dilakukan. Sesekali boleh juga layan hobi dengan kawan2."


Tapi.. apa aktiviti2 yang tinggalkan itu?


Dulu seminggu dua kali pergi ke pengajian2 agama. Kini tinggal sebulan satu dua kali sahaja.

Dulu setiap hari istiqamah baca Al-Quran 5-6 muka surat. Kini sesekali sahaja dibuat.

Dulu selalu ke program2 agama. Kini program2 agama hanya jadi angan dan cita.

Dulu banyak juga masa bergaul dengan orang2 agama. Kini banyak dengan orang2 biasa sahaja.

Dulu rajin buat solat2 sunat. Kini hanya yang fardhu dibuat.

Dulu setiap hari berdakwah melalui percakapan, penulisan dan percontohan diri. Kini jarang2 sangat dilakukan lagi.

Dulu sentiasa ambil tahu masalah umat. Kini hanya ambil tahu masalah diri sendiri dan orang2 terdekat.


Jika sebegitulah kelapangan, lebih bermakna, dan keringanan yang dimaksudkan, maka eloklah kita buat semakan dan pertimbangan semula.


11/3/23

No comments: