Friday, March 3, 2023

Mahu Maju dalam Agama Kenalah Ada Praktikal

 

Mahu maju lebih lancar dan lebih jauh dalam tasawuf sufi? Tentulah kena ada tindakan praktikal tubuh badan. Tidak cukup dengan praktikal jiwa dan mulut sahaja. Sebab itu ibadah haji ada praktikalnya. Ada ihramnya, ada tawafnya, ada sa'inya, ada melontarnya dan sebagainya. Mengapa tidak sahaja duduk di hadapan Ka'abah, berterusan zikir dan berterusan fana, mi'raj dsb sahaja? Kerana untuk mencapai yang lebih jauh, lebih tinggi, lebih dalam, lebih halus, lebih besar, lebih luas, lebih zahir dan lebih ghaib, kena ada praktikalnya. Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha pun dengan ruh dan jasad.


3/3/23

No comments: