Ramadhan semakin hampir. Untuk menaikkan semangat anak2 tarbiyah, biasanya guru2 akan berpesan juga. Antara contoh pesanan mursyid sahaya dulu setiap kali menjelang Ramadhan (susunan kata dan isinya adalah mengikut gubahan saya dalam bentuk penulisan) :
A. Pesanan kepada murid2 KATEGORI PERMULAAN ("orang2 baru" biasanya diraikan, diseronokkan dan belum "dihenyak" lagi) :
"Bulan Ramadhan sudah hendak sampai. Masa bulan Ramadhan nanti, kalian jangan lupa untuk menambah amal2 kebiasaan kalian (di samping melaksanakan amal2 khusus sempena Ramadhan nanti). Pada bulan Ramadhan, pahala berganda2. Ambillah kesempatan sebanyak2nya sepanjang bulan Ramadhan nanti. Ingat, Ramadhan hanya setahun sekali. Rugi jika kalian tidak memanfaatkannya. Masuk sahaja Ramadhan nanti, terus masuk gear 1, kemudian gear 2 dan seterusnyalah."
B. Pesanan kepada murid2 KATEGORI PERTENGAHAN (biasanya sudah mula diberi sedikit "henyakan") :
"Bulan Ramadhan sudah hendak sampai. Kalian sudah boleh mulai menambah amal2 kebiasaanmu mulai sekarang. Jangan tunggu Ramadhan tiba baru kalian hendak bermula. Jika dimulakan dari sekarang, masuk sahaja Ramadhan nanti kita sudah terbiasa. Masuk gear 1 dan gear 2 mulai sekarang. Maka Ramadhan nanti boleh terus ke gear 3, kemudian 4 dan seterusnya.
C. Pesanan kepada murid2 KATEGORI LANJUTAN (biasanya "dihenyak" lebih daripada murid2 permulaan dan pertengahan) :
"Bulan Ramadhan sudah hendak sampai. Teruskan amalan2 kebiasaanmu (YANG SUDAH SEDIA BANYAK itu di samping nanti amal2 khusus sempena Ramadhan apabila Ramadhan tiba). Kelajuan kalian yang sentiasa pada gear 5 atau 6 selama hari ini, teruskan sepanjang Ramadhan dan selepasnya sehingga bertemu pula dengan Ramadhan tahun akan datang. Begitulah sehingga tamat hayat.
Ibadah dan pengabdianmu hanya kerana Allah, bukan kerana selain-Nya termasuklah bukan kerana Ramadhan. Apakah apabila Ramadhan tiba maka baru Allah ada? Selain bulan Ramadhan maka Allah tiada? Atau Allah jauh? Atau berkurang cintamu? Atau baru kalian hendak bermula menambah amal?
Sepatutnya kalian sudah sedia lagi sentiasa berada pada gear 5 atau 6 selama hari ini. Malu jika kalian baru hendak masuk gear 5 atau 6 hanya menjelang Ramadhan atau setelah Ramadhan tiba! Betulkah kalian bertasawuf, bersufi, bertariqah? Jika begitulah keadaannya, nanti biasanya mulai 1 Syawal, kalian akan mulai drop gear ke gear 4, 3 dan seterusnya. Jangan sesekali pernah drop gear walau bila pun. Ingat tu! (Tok guru pula bergaya cengei/garang walaupun sebenarnya dia baik2 sahaja orangnya)
***Jelas diperhatikan bahawa berbezanya pesanan adalah mengikut perbezaan maqam seseorang dari segi tauhid dan tasawuf. Namun selalu juga semua pesanan disampaikan sekaligus kepada semua agar murid2 yang lebih bawah dapat melihat jalan dan destinasi ke mana hendak dibawa dan dilorongkan walaupun mereka belum tiba ke sana lagi. Tujuannya agar mereka terus bersemangat untuk belajar dan bermujahadah serta dapat buat persediaan demi persediaan.
12/3/23
No comments:
Post a Comment