Wednesday, March 1, 2023

Keagamaan Sebelum dan Selepas Berumahtangga

 

Sebelum berumahtangga,

kita fikir keagamaan diri sendiri sahaja.

Maka agak mudah untuk diuruskan.


Setelah berumahtangga,

kita tidak boleh fikir

keagamaan diri sendiri sahaja lagi.

Kita kena fikir

keagamaan pasangan dan anak2 juga.

Daripada 1 keagamaan,

sudah jadi 5-6 keagamaan.


Namun ada orang

yang walaupun sudah berumahtangga

tetapi masih fikir

keagamaan diri sendiri sahaja.


Lebih lagi daripada itu,

walau sudah berumahtangga

tetapi masih belum fikir

tentang keagamaan diri sendiri pun.


27/2/23

No comments: