Apa itu permainan dan tipu daya dunia?
Dunia mengelak daripada orang2 yang mengejarnya
(lagi dikejar, lagi banyak yang mahu dikejar)
tetapi ia mengejar orang2
yang cuba mengelak daripadanya.
Orang yang mengejarnya,
pasti akan dipedayanya.
Orang2 yang cuba mengelak daripadanya,
akan dicarinya penyesuaian dan umpanan
agar orang2 itu tidak jadi
untuk mengelak daripadanya.
Disenyum2 dan dilambai2nya sentiasa.
Ia bersungguh2 menghias dirinya
agar kelihatan kacak dan jelita menawan,
sehinggakan mahu tak mahu
orang ramai akan jatuh cinta kepadanya
lalu menurut kehendaknya.
Kemudian
ia akan membunuh mereka secara mengejut
lalu menyorokkankan mereka di dalam perutnya.
5/3/22
Dunia ibarat seorang nenak tua bangka yang penuh dengan pelbagai solekan, editan dan perhiasan. Ia sudah menggoda dan mengahwini sekian banyak manusia lalu akhirnya ia menceraikan mereka, malahan membunuh mereka dengan tiba2 sahaja dan merampas segala kelazatan mereka. Kita semua ini ibarat suami2nya yang masih hidup. Hendaklah kita mengambil pelajaran dan pengajaran daripada nasib suami2nya yang sudah meninggal dunia itu.
5/3/23
No comments:
Post a Comment