Anak2ku,
Bersihkan dan indahkan diri yang dalaman
supaya ia merebak keluar
lalu membersih dan mengindahkan
diri yang luaran.
Bersihkan dan indahkan diri yang luaran
supaya ia meresap masuk
lalu membersih dan mengindahkan
diri yang dalaman.
Buat kedua-duanya sekaligus,
bukan buat salah satu sahaja.
Dengan cara begini,
insya-Allah akan LEBIH cepat maju
dan mendapat maqam yang LEBIH tinggi
di sisi Allah SWT.
Yang satu merebak ke luar,
yang satu lagi merebak ke dalam.
Insya-Allah PERTEMUAN antara
kebersihan dan keindahan yang bergerak ke luar
dengan
kebersihan dan keindahan yang bergerak ke dalam
akan mewujudkan satu kesepaduan
yang sangat mengajaibkan.
Inilah amalan Nabi dan maharaja2 para wali (R4S) -
R - Rasulullah saw
4 - 4 sahabat paling utama
S - Sahabat2 utama yang lain.
...juga Al-Mahdi.
28/2/23
No comments:
Post a Comment