Wednesday, March 1, 2023

Bagaimana Mahu jadi Cemerlang, Gemilang, Terbilang?

 

A : Macam mana badan engkau boleh berulas2 macam bodybuilder? Padahal aku dah main gym dah 6 tahun. Engkau baru 2 tahun kan?

B : Engkau main gym berapa jam sehari?

A : Ada la dalam 2 jam, tiap2 hari.

B : Aku 5 jam sehari.

A : (Oh, patutlah!)

.


C : Macam mana la engkau boleh main badminton peringkat antarabangsa, boleh wakili negara? Aku tiap2 hari main, buat latihan, teori bagai... dah 5-6 tahun. Tapi nak wakili negeri pun tak lepas. Engkau baru betul2 aktif dalam 2-3 tahun.

D : Aku tiap2 hari main, campur teori, campur work out bagai... lebih kurang 8 jam sehari. Engkau?

C : Oh, aku ada le 3 jam sehari! Tu pun bukan setiap hari.

.


E : Macam manalah engkau boleh diangkat sebagai pengganti mursyid? Padahal aku dah 20 tahun berguru dengan dia. Engkau baru 3 tahun. Pelik aku.

F : Dalam 20 tahun tu, engkau beri masa untuk tumpu pelajaran dan amal2 sufi ni dalam berapa jam tiap2 hari?

E : Tak menentu jugak. Lebih kurang 1-2 jam sehari. Tapi memang isqamah. Engkau?

F : Aku sekurang2nya 6 jam sehari pada hari bekerja. Pada hari2 cuti pulak sekurang2nya 9 jam sehari. Tumpu yang itu sahaja.

E : Ooohhh...

.


G : Aku ni masuk gelanggang tomoi dah 10 kali. Menang sekali, seri sekali, kalah 8 kali. Engkau pulak bergelanggang 10 kali jugak, tapi menang semua. Cuba cerita sikit.

H : Engkau tumpu pada tomoi ni (latihan, work out, teori, doa dsb) tiap2 hari berapa jam?

G : Memang tiap2 hari. Tak pernah miss. Lebih kurang 3-4 jam.

H : Aku 8 jam.

G : .................

.


I : Kita ni masuk berguru silat sama-sama. Dah 4 tahun. Dah 12 bangsal kita lalui. Tiba2 engkau dilantik sebagai jurulatih, lepas tu sekarang engkau dilantik sebagai orang kanan tok guru pulak. Dalam gelanggang, kalau "bermain", tak dak sesiapa yang boleh kalahkan engkau. Yang aku ni, dilantik jadi jurulatih ni pun baru dalam 2-3 bulan ni. Apa rahsia engkau? Kongsi la.

J : Sepanjang 4 tahun ni, tiap2 hari aku berlatih dalam 4 jam. Kalau hari2 cuti, 8 jam. Engkau macam mana?

I : Oh, ya ka? Aku tak la sampai macam tu! Aku selalu berlatih tapi tak la setiap hari. Dalam sehari2 tu ada la dalam 2 jam. Patut la pun.


RUMUSAN


Semuanya Allah yang tentukan. Dan sebagai ASWJ, kita mesti berusaha dan berikhtiar DENGAN GIGIH. Pada adatnya, sesiapa yang berusaha lebih, akan dapat lebih. Sesiapa yang berusaha kurang, akan dapat kurang. Umumnya sesiapa yang berusaha melangkah 100,000 langkah, sampailah dia ke jarak 100,000 langkah. Sesiapa yang berusaha melangkah sekadar 10 langkah, sampailah dia ke jarak 10 langkah.


- Untuk jadi yang cemerlang dalam sesuatu bidang, kita kena berusaha LEBIH SEDIKIT daripada orang2 lain.

- Untuk jadi yang gemilang dalam sesuatu bidang, kita kena berusaha LEBIH BANYAK berbanding orang2 lain.

- Untuk jadi yang terbilang (umumnya boleh di kira dengan jari sahaja) dalam sesuatu bidang, kita kena berusaha SANGAT BANYAK berbanding orang2 lain.


Setiap matlamat ada pengorbanan. Lagi tinggi matlamat, lagi besar saiz pengorbanan. Terpulang kepada kita setinggi mana matlamat, sebanyak mana kesediaan berkorban dan sekuat mana mahu berusaha. Main bola 10 minit sehari tapi berangan2 mahu mewakili negara, memanglah tidak mustahil tapi hampir2 mustahil berlaku.


Apabila kita melihat seseorang itu berada pada level cemerlang, atau gemilang, atau terbilang, umumnya pasti besar usaha dan pengorbanan yang dilakukannya selama ini. Jiaka kita berhasrat mahu sampai ke salah satu level tersebut, tentunya kita juga kena melakukan usaha dan pengorbanan besar walaupun mungkin berlainan keadaannya. Wallahua'lam.


- Di akhirat sana, sesiapa yang sekadar mahu terlepas daripada naar, ada ilmu2 dan amal2nya.

- Sesiapa yang mahu dimasukkan ke dalam jannah, ada ilmu2 dan amal2nya.

- Sesiapa yang mahu lebih lagi daripada itu iaitu jannah para muqarrabin, ada ilmu2 dan amal2nya. Tentunya memerlukan usaha dan pengorbanan yang lebih besar.

- Sesiapa yang mahu lebih lagi daripada itu iaitu mendapat redha Allah (yang lebih "besar" daripada jannah itu sendiri), ada ilmu2 dan amal2nya. Tentunya memerlukan usaha dan pengorbanan yang lebih besar lagi.

Dan sesiapa yang mahu lebih daripada itu iaitu Tuan Punya Jannah dan Keredhaan itu sendiri (yakni Allah), ada ilmu2 dan amal2nya. Dan tentunya memerlukan usaha dan pengorbanan yang amat besar.


Wallahua'lam.


1/3/23


No comments: