Datang pertanyaan tentang asal-usul sahaya boleh mentafsir mimpi sedikit2 ini. Dalam kuliah2 dan pertemuan2 memang sudah beberapa kali sahaya ceritakan. Tetapi kali ini sahaya bercadang untuk menulisnya pula agar jawapan ini boleh diulang pakai pada masa2 akan datang sekiranya ada pertanyaan2 lagi. Maka nanti kurang perlulah untuk sahaya mengulang2 cerita yang sama.
SEJARAHNYA
Sahaya mula didedahkan dengan ilmu tafsir mimpi oleh mursyid sahaya dalam Tarekat Ghazaliyah iaitu Ustaz Muhammad Salleh Abdul Rahman. Pengasas tariqah ini iaitu Hujjatul islam Imam al-Ghazali sememangnya salah seorang pakar dalam ilmu tafsir mimpi. Beliau ada menyentuh tentang ilmu ini sedikit-sebanyak dalam kitabnya seperti Misykat al-Anwar dan Ihya' 'Ulumuddin. Oleh itu umumnya guru2 tariqah ini sejak zaman Imam al-Ghazali memang berkebolehan dalam mentafsir mimpi.
Ketika mula2 didedahkan akan ilmu ini, sahaya tidak berapa ambil endah pun kerana terpengaruh dengan pemikiran sahaya sendiri ketika itu, "Takkanlah orang macam aku boleh mentafsir mimpi. Manlah mungkin." Tambahan pula, apabila diajukan dengan mimpi2 orang sebagai latihan oleh sang mursyid, sahaya memang tidak tahu akan maksudnya. Maksud mimpi bukan boleh direka2. Maka sahaya pun sekadar belajar dan berlatih gitu2 sahajalah lalu beri tumpuan kepada pembelajaran utama Tariqah Ghazaliyah sahaja.
Hampir 10 tahun kemudian iaitu sekitar tahun 2007/2008, pada suatu hari sahaya mendapat suatu mimpi. Kita katakanlah mimpi pertama. Selang beberapa hari kemudian, saya mendapat pula mimpi kedua. Kedua-dua mimpi inilah yang mengubah pandangan sahaya.
MIMPI PERTAMA
Ketika mendapat mimpi pertama, terus sahaya seperti tahu akan maksudnya. Namun begitu, sahaya memang tidak ambil kesah. Apatah lagi maksud mimpi itu umumnya memang tidak dapat sahaya terima. Ta'wil, tafsir dan ta'bir mimpi itu menceritakan bahawa ada seorang hamba Allah (si A) yang sangat penting dalam urusan/perjuangan agama sahaya akan menyebabkan usaha2 agama sahaya runtuh dengan begitu dahsyatnya.
Sahaya memang tidak percaya. Mana mungkin seorang yang sangat boleh dipercaya, sangat kuat berjuang dengan/untuk kita, seolah2 sanggup berkorban apa sahaja untuk kita, tiba2 orang itulah yang akan merudumkan kita. Tambahan lagi selama hari ini pun sahaya tidak berbakat sebagai pentafsir mimpi. Mungkin hal ini hanyalah permainan dan sangkaan2 sahaja, fikir sahaya. Maka sahaya abaikan sahajalah tafsir mimpi tersebut. Fikir sahaya, "(Hampir2) mustahillah si A akan jadi orang yang sebegitu. (Dan hampir2) mustahillah sahaya boleh mentafsir mimpi."
MIMPI KEDUA
Mimpi kedua pula sebaliknya. Mimpi ini adalah tentang seorang lagi hamba Allah (si B) iaitu seorang yang sangat anti dengan sahaya dan usaha2 agama yang sahaya dan sahabat2 buat. Dia sering berusaha menghalang kerja2 agama kami, suka mereka2 cerita buruk yang disebar ke sana sini, disebabkan dialah sahaya kena menghadap pihak itu pihak ini, jika dia ternampak sahaya atau berselisih pun dia akan pandang ke tempat lain, bercakap dengan sahaya pun tidak, diburuk2kannya sahaya agar orang membenci sahaya, dan beberapa hal lagilah yang dibuatnya. Memang menyusahkan tetapi kami tidak pernah membalas.
Tafsir mimpi kedua ini ialah si B ini kemudiannya akan jadi seorang yang baru tersedar akan kebenaran sahaya, suka dengan sahaya dan sangat mengkagumi sahaya. Kebenaran dan kelebihan sahaya ketika itu rupa2nya selama hari ini terselindung/terhijab daripadanya. Maka setelah dia memakluminya, dia pun berubah 180 darjah. Fikir sahaya, "Mana mungkin (hampir2 mustahil) si B akan berubah begitu. Dan mana mungkin (hampir2 mustahillah) sahaya boleh tahu maksud mimpi2."
TERNYATA BENAR
Namun dengan kuasa Allah Taala, dalam tempoh terdekat ternyata tafsir kedua2 mimpi sahaya itu memang benar2 berlaku, malah lebih kurang serentak sahaja masanya. Sebab itulah jika kita mengasihi, jangan terlampau (over) kasih. Dan jika kita tidak suka, jangan terlampau (over) menolak. Boleh jadi orang yang kita sanjung itulah yang akan membenamkan kita dan orang yang menyusahkan kita itu pulalah yang akan membantu kita.
Kemudiannya tindakan2 si A ternyata sangat mendatangkan kesulitan kepada sahaya, kami dan orang2 lain. Banyak usaha2 berkaitan agama yang dibina bertahun2 dan ada yang belasan tahun, runtuh segera dalam masa yang singkat. Sukarnya untuk melalui semua itu, hanya Allah sahajalah yang tahu.
Si B pula? Tiba2 sahaja dia baik dengan sahaya. Dia ada meminta beberapa pertolongan daripada sahaya. Malah dia memasyhurkan nama sahaya kepada orang2 lain. Dia bercadang pula untuk membawa dan memperkenalkan sahaya ke sana sini tetapi saya menolak dengan baik.
Boleh dikatakan secara serentak Si A tiba2 berubah 180 darjah, si B juga tiba2 berubah 180 darjah.
KESAN KEJADIAN2 INI
Apabila berlaku yang sedemikian, sahaya jadi macam biol sekejap (pada masa2 sedang memikirkan hal tersebut). Fikir sahaya :
- Macam mana aku boleh terus tahu akan ta'wil mimpi2 itu?
- Bagaimanalah seorang yang sangat mendukung aku tiba2 berubah menjadi peruntuh, dan bagaimanalah seorang yang sangat membenci aku tiba2 boleh menjadi penaik aku pula? Sangat ajaib pekerjaan Allah. Memang begitu pelik dan menghairankan.
- Mengapalah aku boleh tidak percaya dengan tafsir mimpi2 itu? Allah sudah beritahu awal2, tetapi mengapalah aku begitu bebal lalu tidak mahu mempercayainya?
Sejak itu sahaya mula cuba mentafsirkan mimpi2 sahaya, kaum keluarga dan orang2 lain. Ada yang berjaya didapat, ada yang tidak berjaya. Yang tidak berjaya, sahaya diamkan sahaja atau jika perlu, sahaya jawab tidak tahu. Tetapi mimpi2 yang sahaya dapat tafsirnya, boleh dikatakan semuanya betul tafsirnya.
Daripada 10 mimpi yang diajukan, biasanya hanya 2-3 mimpi sahaja yang sahaya tahu tafsirannya manakala 7-8 mimpi lagi sahaya tidak berjaya mendapatkan tafsirnya lalu sahaya jawab sahaja : "Tidak tahu" atau "Tidak dapat tafsirnya". Banyak juga kisah2 menarik sepanjang lebih 15 tahun mentafsir mimpi2.
Begitulah asal-usul sahaya terlibat dengan dunia tafsir mimpi.
CARA BELAJAR
Ditanya lagi, "Bagaimana cara saya hendak belajar?"
Sahaya jawab berdasarkan yang sahaya tahu. Maka jawapan sahaya mungkin saja ada berbeza dengan jawapan orang2 lain. Umumnya lain orang lainlah caranya.
Antara usaha dan ikhtiar hendak mendapatkan ilmu tafsir mimpi ini :
1. Mohon kepada Allah agar dianugerahkan ilmu tafsir mimpi. Pada hakikatnya, hanya Dia sahaja yang punya kuasa untuk memberi atau tidak.
2. Bergurulah (belajarlah) kitab Misykatul Anwar dan kitab Ihya' 'Ulumuddin. Jika tidak dapat, setidak2nya bacalah kitab2 tersebut.
3. Bacalah (kumpullah) mimpi2 yang pernah sahaya tafsirkan. Ada banyak di FB sahaya dan lebih banyak lagi di blog sahaya Debunga Teratai Syurgawi. Perhatikan bagaimana mimpi yang sebegini maka begini takwilnya, mengapa mimpi sebegitu maka ke sana takwilnya, mengapa mimpi yang lain ke sini ta'birnya. Renunggg dalam-dalam. Mursyid sahaya dulu beri banyak mimpi2 orang sebagai latihan untuk ditafsirkan tetapi ketika itu umumnya sahaya memang tidak dapat (lebih kurang 10 tahun kemudian barulah boleh mentafsir mimpi sedikit2 smapailah sekarang). Mursyid maklumkan mimpi2 itu dan tafsirnya dengan harapan agar dapat dibuat kaitan antaranya. Jadi, kenalah banyak membaca dan meneliti mimpi2 yang pernah sahaya tafsirkan. Dari situ mungkin ada dapat sesuatu walaupun sedikit.
Ditanya lagi, "Adakah apa2 amalan tertentu?"
Tiada sebarang amalan khusus. Buatlah amal2 harian sebagaimana biasa.
PENUTUP
Sememangnya sangat sedikitlah orang yang terpilih untuk menguasai ilmu ini dengan baik. Daripada 1000 orang yang belajar, mungkin 1-2 orang sahaja pada akhirnya yang dapat menjadi pentafsir mimpi yang bagus dan 10-20 orang lagi boleh jugalah sesekali mentafsir mimpi (ini sekadar agak-agakan sahaya sahaja). Wallahua'lam.
14/3/23
No comments:
Post a Comment