Friday, March 3, 2023

Pakat Ber"karamah" Belaka Dah Aih

 

Guru : Dulu2, tahun2 90-an dulu, kami pernah beberapa kali mendapat tarbiah daripada mursyid, dan pernah jugak berinteraksi dengan mursyid walaupun kami dan mursyid tinggal berjauhan. Cuma sangat sekejap. Dalam beberapa detik je dna dalam keadaan2 tertentu sahaja.


Murid 1 : Fuh, hebat tu! Tok guru ajar le kat kami macam mana kaedahnya.


Guru : Hish, tak payah dah! Semua pakat ada dah aih. Lebih tepat lagi pulak tu.


Murid 2 : Hah, ... kami tak tau pun! Betul ke?


Guru : Betuuul. Pakai le telefon dan media2 yang ada. Tulisan guru boleh dibaca setiap hari. Video pengajian guru boleh ditonton selalu. Live guru kadang2 ada. Nampak muka dan gerak laku guru. Tarbiah jarak jauh le tu. Mesej boleh, WhatsApp boleh, masa live boleh, FB boleh, TG boleh... kan komunikasi jarak jauh tu? Allah dah mudahkan sangat dah. Medium baru yang lebih jelas dah ada, buat apa nak tunggu jugak medium lama. Cara baru yang boleh selalu guna dan semua orang boleh pakai dah ada, yang nak tunggu jugak cara old school yang jarang2 sangat berlaku dan hanya sedikit orang je boleh dapat tu pasai apa? Sementara nak tunggu yang cara lama tu berlaku, silap2 tok guru dah "pindah". Tak pun kamu yang "pindah" dulu. Kan rugi?

Jambatan melintas Sungai Perak, Sungai Pahang, orang dah buat. Guna le yang tu. Lintas je la nak selesaikan urusan agama ke, urusan keluarga ke, urusan kerja ke.... Yang tak mau melintas jugak selagi belum dapat ilmu dan amal berjalan di atas air tu pasai apa? Entah bila nak dapat ilmu tu? Entah dapat entah tidak pun. Silap2 sampai ke mati le tak melintas dan tak dapat nak buat pelbagai urusan.


Murid 3 : Ye ta ye le. Dah ada pen berdakwat dijual di kedai2, nak tunggu jugak2 sampai jari keluar cahaya n dakwah untuk menulis... dah kenapa? Beli pen, tulis je la. Sampai bila pun tak menulis kalau lagu tu.


Murid 1 : Betul. Seolah2 semua dah ada "karamah" dah. Kita je yang tak mau manfaatkan.


3/3/23

No comments: