Saturday, March 4, 2023

Mengapa Tafsir2 Mimpi Belum Berjawab?

 

Mengapa tafsir mimpi yang ditanya kepada saya masih belum dijawab?


Jawapannya : Apabila membaca soalan berkaitan tafsir mimpi, ada tiga keadaan :


1. Sekiranya saya dapat tafsirnya ketika itu juga, maka saya akan terus memberikan jawapannya. Selesai.


2. Sekiranya saya tahu yang saya memang tidak dapat akan tafsirnya, saya akan menjawab yang saya tidak tahu atau tidak dapat, ketika itu juga. Selesai.


3. (Di sini yang selalu tersangkutnya) Sekiranya saya tidak mendapat tafsirnya ketika itu tetapi saya mengagak mungkin boleh dapat akan tafsirnya kemudian setelah membuat renungan lebih mendalam, maka saya tidak menjawabnya ketika itu kerana bercadang menjawabnya kemudian. Saya baca, lalu saya tutup atau pindah ke laman lain. Ini yang banyak tak selesai2.


Umumnya setiap hari saya menerima pertanyaan2 tentang tafsir mimpi dan hal ehwal keagamaan. Makin lama makin terkumpul soalan2 yang belum terjawab. Memang banyak soalan yang saya sudah tidak jumpa semula (oleh siapa, di mana soalannya, apa soalannya). Pernah terjumpa yang sudah bertahun tapi belum berjawab pun ada. Memang rasa bersalah.


Jadi, sekiranya ada pertanyaan tuan2 sekitar hal ehwal tafsir mimpi dan keagamaan yang saya belum jawab atau tidak dijawab (sama ada saya sudah membacanya atau belum), harap maafkanlah saya. Bukannya tak mahu menjawab, tapi disebabkan bercadang hendak dijawab kemudian itulah yang selepas itu langsung tak dibuka dan dibaca semula dah. Setiap hari masuk soalan2 baharu - baca, cadang jawab kemudian, terus tak sempat jawab. Esok masuk soalan2 baru lagi. Akhirnya terkumpul (sebenarnya berselerak di merata tempat) banyak soalan2 tak berjawab.


Insya-Allah setakat mana yang saya mampu, saya cuba usahakan.


2/3/23

No comments: