Ada seorang hamba Allah (Encik A) bermimpi... Pada suatu malam, A berada di dalam rumahnya. Dia mengeluarkan bekal lauknya siang tadi. Ada seketul ayam bahagian drummet (lengan ayam). Separuh daripada isi drummet itu sudah dimakannya siang tadi. Dan malam itu A bercadang untuk menghabiskan separuh lagi isinya.
Tiba2 sahabatnya menelefonnya. Sahabat itu bertanya apa yang sedang dibuat oleh A. A pun berceritalah tentang sisa drummet yang mahu dimakannya itu. Ketika itu juga sahabatnya itu memaklumkan agar isi drummet itu disimpan sedikit untuknya. Pada malam itu juga sahabatnya akan datang untuk memakan baki isi drummet itu.
Si A pun berasa hairan. Sudahlah isi drummet itu seketul dan kecil, isinya pula sudah separuh dimakan pada waktu siang, dan dia sedang hendak makan baki separuh lagi isi, tiba2 sahabatnya beria2 juga hendak datang pada malam itu juga untuk memakan walau sedikit daripada isi drummet itu nanti.
Apakah erti mimpi ini?
JAWAPAN
Mimpi ini bercerita tentang masa. Pada waktu siang masa Encik A sudah dipenuhi dengan urusan2nya. Dan pada waktu malam pula Encik A mahu menghabiskan separuh lagi masanya dalam sehari2 itu untuk urusan2 juga. Walaupun sahabatnya tahu yang waktu Encik A pada malam hari juga sudah dipenuhi dengan urusan2 tertentu, tetapi sahabatnya tetap mahu mengambil/meminta walau sedikit daripada waktu2 itu agar Encik A membantu menyelesaikan urusan si sahabat pula. Wallahua'lam.
10/3/23
No comments:
Post a Comment