Persoalan diaju tentang "kebatinan".
Hendak dijawab terus, terasa segan.
Perihal berapa lama tempoh "permainan"
yang sesuai untuk kesihatan.
Kita menjawab berdasarkan ilmu
yang diperoleh daripada guru
ketika belajar muda2 dahulu
akan perubatan Islam Alam Melayu.
Lama solat subuh berjemaah asas sukatan.
Berapa minitnya carilah kesesuaian.
Berterusan bermula takbir ke salam pengakhiran.
Itu dikira satu perenggan.
Berterusan dan tidak sampai satu perenggan,
itu petanda lemah adanya.
Antara satu ke dua perenggan,
tengah2 adanya.
Antara dua ke tiga perenggan,
baik adanya.
Antara tiga ke empat perenggan,
sangat baik adanya.
Lebih daripada itu,
terpulanglah adanya.
Ini ilmu orang dahulukala.
Sahaya sekadar penyampai sahaja.
Kerana orang sudah bertanya,
sekadar itu dapat jawabnya.
10/3/23
No comments:
Post a Comment