Saturday, March 4, 2023

Seni Bela Diri Terbaik?

Anak buah bertanya : Pandangan pak long le, seni beladiri mana yang terbaik, yang paling berpotensi untuk mengalahkan musuh?


Jawapan : Pada pandangan pak long le, tak ada yang boleh ditetapkan sebagai yang terbaik. Sebab ia bergantung kepada :

1. Siapa yang kita hadapi?

2. Di mana kita hadapi?

3. Bila kita hadapi?

4. Berapa yang kita hadapi?

5. Bagaimana kita hadapi?

6. Mana yang kita hadapi?

Umumnya seni beladiri yang mana pun akan jadi yang terbaik apabila kena dengan tempatnya, dan akan jadi bukan yang terbaik apabila tidak kena dengan tempatnya.


Contohnya :

1. Ada seni beladiri yang lebih berkesan digunakan pada waktu siang tetapi kurang berkesan pada waktu malam.

2. Ada yang lebih berkesan dipraktikkan di atas tanah rata tetapi kurang berkesan di atas sampan atau rakit.

3. Ada yang lebih menjadi dengan tangan kosong berbanding menggunakan senjata.

4. Ada yang lebih berkesan berhadapan dengan orang berpakaian biasa berbanding dengan orang yang berbaju besi, berperisai, bertopi besi dan berpedang.

5. Ada yang lebih efektif di kawasan lapang tetapi kurang efektif di kawasan sempit.

6. Ada yang lebih berkesan berlawan satu sama satu tetapi kurang berkesan jika lebih daripada satu.

7. Ada yang lebih bagus dalam jarak tendangan tetapi kurang bagus dalam bergumpal di tanah.

8. Ada yang lebih sesuai untuk orang berbadan biasa tapi kurang sesuai untuk orang berbadan besar.

9. Ada yang lebih efektif dalam pergaduhan tapi kurang efektif dalam peperangan.

10. Ada yang lebih selamat bagi orang yang tinggi tetapi kurang selamat bagi orang yang rendah.

Dan seterusnya.


Jadi, sekiranya berminat dengan mana2 seni beladiri dan tempur yang sesuai, belajarlah dan tampunglah kekurangan2 yang ada setakat yang dapat. Wallahua'lam.


4/3/23

No comments: