Friday, March 17, 2023

Mengapa Sudah Lama Tidak Buat Pengajian?

 

Ada yang masih bertanya, mengapa setelah hampir 3 tahun saya masih belum mula buat pengajian di masjid/surau semula? Buat satu tempat sahaja iaitu di tempat mereka sahaja pun cukuplah. Tempat lain tak payah.


Sebenarnya saya tak mahu mula kerana jika sudah mula di satu tempat, tempat2 lain pun akan panggil semula dan hal itu akan sangat sukar untuk ditolak. Jadi, lebih baiklah saya tidak buat walau satu pengajian atau ceramah.


Buat masa ini, rasanya zaman berkuliah dan berceramah saya sudah berlalu. Saya kena tumpukan hal2 urusan agama yang lain yang lebih penting. Insya-Allah panjang umur dan selesai kerja2 agama yang lebih penting, mungkin saya akan berkuliah dimasjid/surau dan berprogram ceramah semula.


*Sekiranya ada kesempatan, sesekali saya akan buat kuliah dalam bentuk rakaman atau live sebagai menyambung pengajian2 yang dibuat di masjid/surau sejak 2007 yang lalu.


5/11/22

 

*Penulisan ini sudah lama upload di FB tetapi mungkin saya terlupa untuk share di blog. Baru terjumpa semula tadi.

No comments: