Antara hikmah, anugerah dan rezeki daripada Allah - apabila kita dijauhkan-Nya daripada orang2 yang benci dan dengki akan kita, yang berusaha memburukkan dan menjatuhkan kita, yang tercari2 peluang untuk tidak membahagiakan kita. Mereka berasa gembira, bahagia dan menang apabila kita ditimpa bencana. Mereka berasa dukacita, resah gelisah dan kalah apabila kita mendapat sesuatu kebaikan.
Antara hikmah, anugerah dan rezeki daripada-Nya juga - apabila kita didekatkan-Nya dengan orang2 yang sayang dan redha lagi meraikan kita, yang berusaha membaikkan dan menaikkan kita, yang suka melihat kita bahagia. Mereka turut berasa duka, simpati dan seakan2 menanggung sama apabila kita ditimpa kesusahan. Mereka turut bersyukur, bergembira dan puas apabila kita mendapat kebaikan.
Yang lebih penting ialah kita sendiri jangan ada rasa benci dan dengki akan orang, jangan berusaha memburukkan dan menjatuhkan orang, jangan tercari2 peluang untuk tidak membahagiakan orang.
5/3/23
No comments:
Post a Comment