Saturday, March 25, 2023

Kejora dan Bulan - Langit yang Tersenyum

 

Malam ini banyak orang pos gambar langit tersenyum dengan tahi lalat di tepi bibir. Tengok juga tadi. Menawan.


Bintang atau planet Kejora juga disebut sebagai Zuhrah atau Venus. Ia dikenali sebagai bintang pagi, bintang fajar dan bintang timur kerana biasanya akan muncul sebagai bintang paling terang sebelum matahari terbit di langit sebelah timur. Ia juga dikenali sebagai bintang senja dan bintang barat kerana biasanya akan muncul sebagai bintang paling terang selepas matahari terbenam di langit sebelah barat.


Kejora merupakan objek langit yang ketiga paling terang pada pandangan penduduk bumi selepas matahari dan bulan. Ringkas kata, Kejora ibarat pembuka dan penutup pintu bagi matahari. Ia sering dikaitkan dengan kecantikan dan wanita. Zaman dahulu kala, ada manusia yang menyembah bintang ini. Dari satu sudut, Kejora ibarat wanita zaman dahulu yang membukakan pintu bagi suaminya (matahari) keluar bekerja dan menutupkan pintu setelah suaminya pulang dari kerja.


24/3/23

No comments: