Saturday, March 11, 2023

Berapa Masa Persediaan Mensyarahkan Kitab Ihya?

 

Saya suka memetik satu penulisan Ummu Fuqara yang berbunyi : "Tuan- tuan guru kita nampak ja mereka mengajar sejam, tapi mereka sebelum itu dah murajaah kitab nak diajar berjam-jam atas dasar amanah dengan ILMU. Sebab itu kena beradab dengan guru² kita." (Tamat petikan)


Memang benar. Untuk setiap pengajian utama kitab Ihya' 'Ulumuddin di Sg Nyior, biasanya sahaya akan buat persiapan selama 3 hari (lebih kurang 6 jam sehari). Padahal pengajiannya 1 jam lebih sahaja. Untuk tempat2 lain, dalam dua hari persediaan (3 jam sehari) insya-Allah cukup. Untuk kitab2 lain, 3 jam sebelum pengajian sudah ok. Untuk kitab2 kecil yang sudah biasa diajar, tak study dulu pun insya-Allah boleh terus disyarahkan.


Memang hadirin akan nampak 1 jam kita bersyarah tapi mereka tak nampak 3 hari kita berkampung/ beruzlah dalam bilik sebelum 1 jam bersyarah itu. Pengajiannya percuma. Tapi semua itu jadi pengalaman manis sebab hati memang suka.


9/3/23

No comments: