Tuesday, February 28, 2023

Tak Pemberi Tak Semestinya Tak Pemurah

 

Tak semestinya yang selalu memberi itu pemurah, dan tak semestinya yang jarang memberi itu tidak pemurah. Kadang2 yang jarang memberi itu lebih pemurahnya kerana pemberiannya lebih banyak lagi daripada yang selalu memberi.


Yang selalu memberi itu mungkin mengeluarkan RM10 setiap hari (RM300 sebulan) untuk agama dan umat, tetapi yang jarang memberi itu mungkin sudah mengeluarkan siap2 separuh daripada pendapatan bulannnya untuk agama dan umat sebaik2 sahaja dapat gaji. Mungkin RM1000 walau gaji hanya RM2000. Sebab itulah mereka kelihatan jarang memberi kerana untuk diri dan keluarga sendiri pun memang sudah tidak mencukupi.


Kita berasa berjasa apabila memasukkan RM50, RM10, RM5 atau RM1 ketika tabung Jumaat melintas, lalu kita terasa orang di sebelah macam tak patut kerana RM1 pun tidak dimasukkannya ke dalam tabung itu. Boleh jadi dia sudah memasukkannya awal2 tadi atau kemudian nanti. Boleh jadi dia memang orang faqir. Boleh jadi juga dia memang sudah begitu banyak mengeluarkan wangnya untuk agama dan umat sehinggakan untuk urusannya dan keluarganya sendiri pun memang sedia tidak mencukupi..


Saya pernah ditemukan Allah dengan orang2 yang sebegini. Ada antaranya yang dianggap sebegai kedekut oleh segelintir orang. Membelanja kawan2 memang sangat jarang. Hendak buat kenduri dan jamuan, mungkin tidak pernah. Hendak buat korban dan akikah memanglah sangat susah. Pegri haji atau umrah macam tak pernah. Tetapi jika kita tahu kisah sebenar mereka dalam menginfakkan wang dan harta untuk agama dan ummah, kita yang selalu menghulur ini pula akan terasa jauh ketinggalan. Bukan kita terasa dia tak patut, tapi macam terasa diri kita pula yang tak patut. Wallahua'lam.


28/2/23

No comments: