ANTARA SEBAB-SEBAB KITA BERMUSAFIR
Pertama : Bermusafir kerana menuntut ilmu. Hal ini ada yang wajib dan ada yang sunat. Sabda Nabi SAW : “Sesiapa yang berjalan pada jalan yang ia mencari ilmu padanya, nescaya dimudahkan oleh Allah baginya jalan ke jannah.” (Muslim)
Kedua : Bermusafir kerana melakukan ibadah. Contoh - bermusafir kerana mengerjakan haji dan umrah, atau kerana perjuangan fi sabilillah. Begitu juga dengan bermusafir menziarahi orang-orang soleh yang masih hidup, ataupun yang sudah meninggal dunia (kuburan mereka) untuk diambil keberkatan dan iktibar. Menziarahi teman kita pada jalan Allah juga sudah terdapat fadhilah (kelebihan). Berkata Imam Al-Ghazali : “Menziarahi orang hidup adalah lebih utama daripada menziarahi orang yang sudah meninggal dunia.”
Ketiga : Bermusafir kerana melarikan diri drpd fitnah keagamaan. Menjauhkan diri daripada sesuatu yang tak disanggupi menanggungnya itu termasuklah sunnah (jalan yang ditempuh) nabi-nabi. Contohnya Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Muhammad saw dll.
Keempat : Bermusafir kerana lari daripada musibah. Contoh : wabak penyakit, bencana alam, dan merudumnya ekonomi.
- Catatan kuliah live streaming ke-34 ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 31/10/25 (Petikan, Ringaksan & Rumusan Ihya’ ‘Ulumuddin), Adab2 Bermusafir, Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment