Sunday, December 14, 2025

Inilah Antara Bukti Kewujudan Ilmu Ladunni

 

Ada tak pengukuhan lagi tentang kewujudan ilmu ladunni ini? Percaya tu percaya dah, tapi nak tambah lagi. Ada!

 

Imam al-Ghazali bagitau : “Tentang terbukanya  pintu qalbu yang masuk ke alam malakut dan dapat “membaca” lauh mahfudz, maka mempelajarinya dengan ilmul yaqin, adalah dengan memerhatikan (meneliti) tentang keajaiban mimpi. Lalu qalbu dapat melihat dalam tidur apa yang akan terjadi pada masa depan, atau yang telah terjadi pada masa yang lalu, tanpa dipetik dari segi pancaindera.”

 

Mari kita tafakkurkan. Dalam tidur, bukankah mata kita tidak melihat apa2, telinga kita tidak mendengar apa2, hidung kita tidak mencium apa2, lidah kita tidak merasa apa2, kulit badan kita pun tidak merasa apa2. Umumnya pancaindera kita sedang tidak berfungsi. Lima sungai deria kita sedang tidur. Lalu, dari mana maklumat2 dalam mimpi yang benar itu berasal? Dari mana ilmu dalam mimpi itu datang? Ia datang dari suatu “tempat” yang selain 5 pancaindera.

 

Mimpi2 yang benar ini kadang2 ia datang dalam rupanya yang sebenar yakni sama seperti hal yang akan berlaku. Kadang2 pula ia datang dalam simbolik2 yang perlu ditakwil, dita’bir, ditafsir. Dan kadang2 ia bercampur antara gambaran kejadian sebenar dan simbol2.

 

Dalam sukatan tarbiyah Tarekat Ghazaliyah, memang ditarbiyahkan ilmu tentang tafsir mimpi, tapi bukannya ilmu mentafsir mimpi. Ilmu mentafsirkan mimpi ni tak banyak orang direzekikan. Tapi ilmu tentang tafsir mimpi memang kita boleh belajar.

 

Dalam ilmu dan jalan keruhanian ini, mahu tak mahu memang ada berkait dengan mimpi. Oleh sebab itu Imam a-Ghazali  mentarbiyahkan ilmu tentang tafsir mimpi supaya kita dapat mengambil manfaat2 daripadanya dengan selamat, dan dapat menolak mudarat2 daripada mimpi. Jika kita tidak punya ilmu tentang mimpi ni, kita akan mudah terpedaya, bersangka2, dan mereka2.

 

Patah balik kepada yang tadi :

Jika dalam tidur pun ada kalanya kita dapat mengambil manfaat terus daripada lauh mahfudz tanpa melalui 5 sungai pancaindera, maka dalam keadaan2 lain pun boleh, seperti ketika kita jaga (sedar) dan ketika kita terlarut dalam zikrullah. Dalam keadaan 5 pancaindera tertutup, ilmu atau maklumat masih dapat masuk ke dalam diri kita.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

 

No comments: