Sunday, December 7, 2025

Kepentingan Rumahtangga Tasawuf

 

Apa pentingnya rumahtangga tasawuf ni?

Semua masalah dalam dunia ini termasuklah dalam rumahtangga puncanya ialah sifat2 mazmumah, kecuali hal2 yang bersifat semulajadi atau bencana. Yang semulajadi atau bencana ni macam bencana alam, wabak penyakit, kemalangan dan yang seumpama dengannya.

 

Tapi yang berpunca daripada sifat2 mazmumah ini seperti ada perasaan dengki, suka berburuk sangka, ada sikap sombong, melayan kehendak hawa nafsu, suka boros, asyik tak cukup2, tak bersyukur, ada perasaan nak menunjuk2, tercari2 sanjungan, gila harta, panas baran – mudah dan selalu marah2, mulut kotor, riyak, kedekut, pemalas, melayan nafsu makan, suka bermewah2, suka berlagak dsb – ini akan menggangu rumahtangga dan keluarga.

 

Sifat mahmudah dan mazmumah ni pula berkaitan soal hati. Soal hati atau soal qalbu terletak dalam ilmu al-ihsan, iaitu ilmu tasawuf. Jadi, kita kena ada ilmu soal hati (tasawuf), dan kena praktik (amal) ilmu2 soal hati itu. Jika tidak, masalah2 dalam rumahtangga/ keluarga yang berpunca daripada hati ni, nak selesai macam mana? Maka ia akan susah untuk diselesaikan, atau tak selesai2, akan berpanjangan, akan berlarutan. Kita yang banyak nak kena tanggung dan lalui tu.

Kalau bukan akibat mazmumah kita sendiri atau pasangan kita, mazmumah orang2 selain kita tapi kena pada kita dan isi keluarga kita. Sebab itu kena ada ilmu soal hati, iaitu ilmu al-ihsan atau tasawuf ini, dan diamalkan.

 

 

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

No comments: