USAHA & IKHTIAR MEMILIH “KELAJUAN” (bah. 2)
Sebaik2 sahaja sudah berjaya mendirikan rumahtangga, sekiranya dapat, dari segi tasawuf dan perjuangan agama ini kita nak jalan terus dah. Tak mahulah masa itu baru nak tercari2, tak boleh nak bergerak2 lagi. Sekiranya dapatlah. Jika tidak dapat, tak mengapa.
Tamsilannya, Kalau boleh, kahwin2 sahaja, kedua2 orang suami isteri boleh (mampu) start motosikal jalan terus. Bukan masa tu baru nak belajar kenal kunci, lubang kuci, tempat pulas minyak, gear, brek, baru belajar nak imbang motor, baru nak bawa 10 km/j… Dah tentu akan jadi lambat.
Walau kita motosikal besar 500 cc dia EX5. Yang penting dua2 dah boleh jalan terus dah. Dah boleh kata selesa dah nak bergerak bersama2. Kita berkelajuan 300 km/j, dia berkelajuan 80 km/j… ok dah. Kita push sikit, dapat dah bergerak bersama2 pada awal2 berumahtangga dengan kelajuan 100 km/j. Jadi lah, bagsu dah tu sebagai permulaan dalam berumahtangga.
Berbanding kita yang bermotosikal 500 cc manakala dia kelajuan berjalan (3 km/j), berlari (5 km/j), atau naik basikal (15 km/j). Ni kita dok atas highway dah, di highway tasawuf dan perjuangan agama, nak bergerak dah ni. Larat ke kita yang bermotosikal 500 cc ni nak bawak pada kelajuan basikal biasa 15 km/j? Larat ke dia pulak yang berkelajuan 15 km/j nak kejar kelajuan kita yang 300 km/j ni?
Melainkan… tak palah, abang pergi dululah. Lama-kelamaan, masalah dan kekangan akan semakin bertambah. Dan akhirnya, cita2 kita untuk mewujudkan rumahtangga tasawuf dan perjuangan agama tidak tercapai, ataupun sangat sedikit yang tercapai.
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment