Sunday, December 7, 2025

Usaha Memilih Kelajuan dalam Berumahtangga (bah. 1)

 

Apa maksud kelajuan ni? Umumnya “kelajuan” ini maksudnya kemampuan dari segi ilmu2 agama, amal2 agama, pemahaman agama, kesedaran agama, kesolehan, kemahmudahan (cara pemikiran, kata2, perbuatan, tindakan2), dakwah, kesediaan hidup dalam suasana agama, kesediaan berjuang dan berkorban untuk agama, dsb. Kelajuan yang itu yang dimaksudkan.

Ada orang yang sangat laju, ada yang laju, ada yang sederhana, ada yang lambat, ada yang sangat lambat, dan ada yang umumnya tidak bergerak2.

 

Mengapa “kelajuan” ini penting dalam berumahtangga?

Kerana selepas berumahtangga, kita tentu banyak nak kena bergerak bersama2 dan seiringan walaupun salah seorang banyak di luar rumah sementara yang seorang lagi banyak di rumah. Takkan nak sendiri2. Aku hal aku, kamu hal kamu. Anak2 hal mereka masing2. Banyak bahagia ke macam tu? Atau akan kurang bahagia?

 

Nak bergerak bersama2 ni, suami isteri kena bergerak dalam kelajuan yang lebih kurang sama. Tapi sangat susah nak dapatkan yang kedua2nya punya kelajuan yang sama. Biasanya akan berbeza.

 

Walaupun ada perbezaan kelajuan, tetapi jaraknya tidak boleh jauh sangat. Jika perbezaan kelajuan tu terlalu besar, maka dalam banyak hal, suami isteri tidak dapat bersama2, tak dapat bersatu hati selalu. Di situ akan wujud masalah yang berlarutan.

 

Sekadar satu tamsilan : Yang lelaki berkelajuan jet pejuang 5000 km/j. Yang perempuan berkelajuan berjalan kaki 3 km/j.

Setelah berumahtangga, mereka nak selalu bergerak bersama2. Berapakah agaknya kelajuan mereka secara bersama2?

 

Si suami tak boleh berkelajuan jet pejuang 5000 km/j lagi. Melainkan kena drop banyak. Kalau tidak, si isteri akan sangat jauh ketinggalan dan tak dapat ikut pun.

Si isteri pula tak sesuai nak terus berkelajuan jalan kaki 3 km/j lagi. Dia kena push. Tapi nak push banyak memang tak dapat. Dia usaha sepenuh daya pun, maka dapatlah dia kelajuan basikal 15 km.

 

Apabila isteri hanya mampu push setakat 15 km/j, maka suami yang berkelajuan jet pejuang 5000 km/j pun kena turun jadi 15 km/j juga. Barulah dapat bergerak seiringan dan harmoni dalam banyak perkara dan selalu, walaupun salah seorang banyak di luar rumah manakala yang seorang lagi banyak di dalam rumah.

 

Si suami nak capai semula kelajuan jet pejuang 5000 km/j tu, mungkin 30-40 tahun baru dapat. Itu pun belum tentu. Biasanya tak dapat banyak.

 

Jadi, kepada anak2 muda tasawuf yang meminta kuliah khas ini, jika sekarang anak2 berkelajuan jet pejuang 3500 km/j, sekiranya dapat (sekiranya tak dapat, tidak mengapa), usaha gigihlah mencari calon isteri yang kelajuannya sudah sedia ratus km/j dan ke atas. Dapat yang ribu2 lagilah bagus. Tujuannya supaya kelancaran perjalanan dan perjuangan itu tidak turun terlalu banyak, orang rumah boleh mengikut kita dalam jarak yang agak selesa, dan agak cepat untuk kita naik mencapai kelajuan 3500 km/j itu semula dan seterusnya.

 

 

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

No comments: