Sunday, December 14, 2025

Salinan Asal Alam Pada Lauh Mahfudz

 

Segala2 yang berlaku selama ini, sekarang, malah pada masa akan datang, semuanya sudah ada pada al-lauhul mahfudz. Contohnya, yang kita sedang duduk bersama2 menjayakan pengajian pada malam ini, semua ini sudah ada pada lauh mahfudz dulu. Yang kita buat malam ini sebenarnya sekadar ulangan, tapi dalam bentuk fizikal. Hal2 yang akan berlaku esok pun, semua sudah ada pada lauh mahfudz.

 

Ketika ini, percikan air yang mana yang sedang jatuh ke atas batu2 di sungai, semua sudah ada maklumatnya di lauh mahfudz.

Daun2 mana yang sedang melayang gugur ke bumi, semua sudah ada maklumatnya di lauh mahfudz.

Batu2 mana yang sedang bergeser sesama sendiri di dalam lautan sana, semua sudah ada maklumatnya di lauh mahfudz.

Titik hujan yang mana yang sedang jatuh ke bumi yang mana, semua sudah ada maklumatnya di lauh mahfudz.

 

Kata Imam al-Ghazali : “Sebagaimana seorang engineer (jurutera) melukis/ mengambar bentuk rumah pada kertas putih, kemudian dikeluarkannya kepada ada (wujud dalam bentuk fizikal, siap dah rumah tu) yang bersesuaian dengan copy gambaran itu.”

 

Rupa rumah yang siap dibina itu, sama dengan rupa rumah yang pada kertas putih asal itu. Begitulah hubungan antara segala isi alam ini dengan cerita tentangnya di lauh mahfudz.

 

Maka SEUMPAMA itu pulalah Pencipta langit dan bumi menulis copy alam ini dari mula sampai kepada penghabisannya (tak berkesudahan) pada lauh mahfudz. Kemudian di keluarkannya kepada ada bersesuaian dengan copy itu. Seluruh alam ini sebenarnya sama 100% dengan copy (atau softcopy)nya di lauh mahfudz.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

 

No comments: