Sunday, December 14, 2025

Fahami Penggunaan Tamsilan

 

Tamsilan2 atau mithal2 seperti kolam (untuk qalbu), air (untuk ilmu) dan lima sungai (untuk 5 indera) ini bukanlah gambaran sebenar, bukan contoh sebenar, dan bukan betul2 macam itu. Tamsilan2 ini dibuat sekadar untuk menghampirkan pemahaman kita. Kata ulama2 dulu : “Untuk menghampirkan kepada faham”. Maka janganlah kita tersilap faham.

 

Macamlah Encik Ali berkata : “Saya dengan Puan Salmah tu, kami macam aur dengan tebing.” Padahal mereka ni bukan suami isteri. Mereka hanya rakan bisnes.

Ertinya mereka saling sokong-menyokong, saling bantu-membantu, saling kuat-menguatkan, saling memberi dan mengambil manfaat. Tapi bukan betul2 macam aur dengan tebing. Itu sekadar tamsilan, misalan, perumpamaan. Ungkapan atau peribahasa itu sekadar untuk menghampirkan atau mendekatkan pemahaman tentang betapa eratnya hubungan mereka dalam saling bantu-membantu dalam kerjaya.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments: