Tentang keajaiban qalbu ini, apabila kita tidak mengambil tahu, maka kita jadi tidak tahu, lalu tidak faham, lalu tidak sedar, lalu tidak adalah tindakan, lalu tidak adalah peningkatan.
Bagi orang2 yang tidak belajar atau belum belajar, termasuklah kita sendiri pada zaman remaja/ muda-muda dulu, apabila disebut keajaiban qalbu, walaupun kita tidak berminat hendak mengambil tahu, tetapi dalam hati kecil ada terlintas sepintas lalu juga :
· Qalbu tu apa benda?
· Apa kaitan qalbu dengan hati?
· Apa yang ajaibnya qalbu kita ni?
· Penting sangat ke nak ambil tahu keajaiban2 qalbu ni? Perlu ke bersibuk2 dengan qalbu ni sapai nak kena berguru, nak kena belajar?
· Macam mana nak tahu keajaiban2 qalbu ni?
· Apa gunanya kalau kita tahu keajaiban2 qalbu ni? Apa faedahnya? Nak bawa ke mana?
Maka wujudlah beberapa golongan manusia dan jin :
i) Golongan pertama : Sebahagian orang yang mendapat lintasan2 ini, kemudian mereka abaikan sahaja. Mereka anggap hal tersebut tidaklah sampai ke tahap penting. Maka tidak sampailah ke tahap perlu untuk diambil tahu lebih lanjut. Jelasnya mereka tidak direzekikan atau belum direzekikan oleh Allah ‘Azza wa Jalla.
ii) Gologan kedua : Sebahagian lagi orang yang mendapat lintasan2 ini, mereka ada rasa teringin juga hendak ambil tahu tetapi bukanlah secara serius. Mereka sekadar mahu tambah2 maklumat. Mereka tidaklah berasa ilmu ini penting sangat, cuma mahu cuba2 ambil tahu. Jadi, mereka bertanya lebih lanjut, cari2 maklumat dan ada yang cuba hadir ke pengajian2 berkaitan 2-3 kali.
Golongan kedua ini terpecah kepada dua kelompok :
a) Kelompok 1 : Mereka yang beranggapan bahawa ilmu ini ada juga kebaikannya tetapi tidaklah sampai ke tahap penting. Jadi mereka direzekikan untuk mendapat setakat muqaddimah atau pengenalan kepada ilmu ini.
b) Kelompok 2 : Mereka yang baru faham dan sedar bahawa ilmu ini sangat penting. Lalu mereka teruskan berguru, belajar, amal dan teroka. Mereka mendapat rezeki yang tidak disangka2, kerana pada awalnya tidak minat pun, tapi berubah jadi minat.
iii) Golongan ketiga : Ada sebahagian lagi orang, awal2 lagi mereka sudah berasa teruja. Mereka percaya ilmu ini penting walaupun mereka belum mempelajarinya. Kemudian mereka pun mempelajarinya. Lumrah dalam menuntut ilmu, ada orang yang berhenti pada awal, ada yang berhenti setelah sampai separuh, dan ada yang melanjutkan lagi sehinggalah ke akhir hayat. Begitulah mengikut rezeki masing2.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment