USAHA & IKHTIAR MEMILIH “KELAJUAN” (bah. 3) – Kisah Rabi’atul ‘Adawiyah
Dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin ini, al-Imam al-Ghazali ada memuatkan sebuah kisah tentang Rabi’atul ‘Adawiyah. Rabi’atul ‘Adawiyah ni ada dua orang. Salah seorangnya berumahtangga manakala yang seorang lagi tidak berumahtangga. Kedua2nya pun diyakini ramai ulama dan umat Islam sebagai wali Allah.
Rabi’atul ‘Adawiyah yang berumahtangga itu tinggal di Syam (Syria). Rabi’atul ‘Adawiyah yang tidak berumahtangga itu tinggal di Basrah (‘Iraq). Ini kisah Rabi’atul yang di Syam itu. Kisah Rabi’ah ini merupakan isyarat atau hint daripada Imam al-Ghazali kepada orang2 tasawuf DAN perjuangan agama.
RA ini baru kematian suami. Suaminya seorang hartawan. Jadi RA dapat banyak harta peninggalan suaminya. Zaman itu kan kaum wanita ni terpingit di dalam rumah. RA ni memang dah sedia sufi dah, dah ahli tasawuf dah.
Selepas kematian suaminya, dia bercadang untuk bernikah dengan seorang ahli tasawuf juga. Tujuannya supaya dia dapat belajar, dapat bimbingan, dapat bergerak ke sana ke mari ke majlis2 agama dengan suaminya, dapat bertemu dengan ahli2 sufi, dapat berguru dengan ulama2 sufi yang lain - ringkas kata dapat berjuanglah. Dia tidak mahulah sekadar duduk di rumah berehat dan buat ibadah sahja. Dan dia juga tak mahulah diperisterikan oleh orang2 biasa, nanti dia tidak dapat memajukan diri dia dengan lancar.
Jadi, dia pun meminang seorang ahli tasawuf lelaki iaitu Ahmad bin Abi al-Hawari. Ahmad ini pula tidak bercadang untuk berumahtangga. Dia hendak tumpu kepada Allah sahaja. Jdi pada mulanya Ahmad tidak setuju terima pinangan itu sebab dia memang nak tumpu pengabdian dia kepada Allah sahaja. Dia tak ada rasa nak menikah.
Jawab RA, dirinya pun sama macam itu. Cuma dia mewarisi banyak harta daripada arwah suami dia, dan dia mahu belanjakan harta2 itu pada jalan tasawuf. Selain itu, dengan adanya suami sebagai teman bergerak, dia mahu bertemu dan mengambil ilmu daripada banyak orang2 soleh. Maka perkahwinan yang RA cita2kan ni betul2 untuk Allah, betul2 untuk agama sebagai faktor teratas.
Kata RA : “Dengan sebab aku menjadi isteri engkau nanti, maka aku akan berpeluang untuk mengenal orang2 soleh. Maka hal pernikahan ini akan menjadi jalan bagiku kepada Allah ‘Azza wa Jalla.” Jelas, faktor utama perkahwinan dia adalah kerana Allah dan agama.
Sebenarnya pada zaman2 itu banyak juga ahli2 tasawuf (sufi) yang tak berumahtangga, dan banyak juga yang berumahtangga lewat. Antara sebabnya ialah mereka mahu memberi tumpuan kepada Allah SEPENUHNYA. Sebab lainnya ialah mereka tidak mahu "JARAK" dan "KELAJUAN" mereka dalam keRUHanian terganggu, tersangkut, terkurang atau termundur ke belakang. Hal ini kerana jika sudah terganggu, terkurang. tersangkut atau termundur, untuk mendapatkan semula jarak dan kelajuan yang pernah dicapai itu memang sukar.
Apabila RA berkata begitu, Ahmad pun lembut hatilah sedikit. Ahmad kata nanti dia akan tanya pandangan dan minta keizinan tok guru mursyid dia iaitu Abu Sulaiman ad-Darani (yang diyakini sebagai salah seorang waliyullah besar).
Ahmad bin Abi al-Hawari bercerita, "Guruku itu melarang aku daripada berkahwin lalu berkata : "Tidak ada seorang pun daripada sahabat-sahabat (kawan-kawan dan anak-anak murid) kami yang berkahwin melainkan ia berubah (maksudnya apabila ahli2 sufi di sekeliling mereka berkahwin, umumnya akan menurunlah kekuatan dan kelajuan kesufian mereka kerana terkesan dengan dunia berumahtangga itu)."
Pada awalnya tok guru dia tak menyokong, tapi tak pula menghalang. Kemudian Ahmad pun bercerita kepada gurunya akan nama orang yang meminangnya itu dan alasan2 orang itu mahu berkahwin dengannya.
Tatkala didengarnya kata-kata Rabi'ah, maka beliau menjawab, "(Jika wanita itu ialah Rabi'ah si ahli sufi, maka) kahwinilah dia kerana dia itu wali Allah dan kata-katanya itu ialah kata-kata orang-orang (bermaqam) siddiq."
Tamsilannya (sekadar percontohan) :
Ahmad bin Abi al-Hawari ini katakanlah wktu itu sudah berkelajuan peluru berpandu 7000 km/j.
Rabiatul pula berkelajuan jet pejuang lebih 2x kelajuan bunyi yakni sekitar 2500 km/j.
Apabila mereka mendirikan rumahtangga, maka mereka boleh bergerak dengan kelajuan seiringan lebih kurang 3000 km/j. OK lah.
Tapi jika Ahmad bernikah dengan orang biasa yang solehah, katakanlah berkelajuan 100 km/j (kelajuan motosikal biasa). Setelah berumahtangga, Ahmad dan isterinya mungkin dapat kelajuan 120 km/j sahajalah.
Rumahtangga Ahmad nak kejar kelajuan 3000 km/j tu, mungkin 20 tahun.
Padahal kalau dia bernikah dengan Rabiatul, terus dapat 3000 km/j.
Begitulah tamsilannya. Hal2 ini saya sudah pernah buat penulisan2 tentangnya beberapa tahun yang lalu. Sesiapa yang rajin baca penulisan2 sahaya, tentu dah pernah jumpa.
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment