Sunday, December 7, 2025

53000 Perceraian dalam 9 Bulan

 

Baru2 ini kita ada terbaca di akhbar, bahawa pada sepanjang 9 bulan tahun ini (Januari-September), berlaku 53,000 perceraian melibatkan orang Islam di negara kita ini. Ertinya ada sekitar 53,000 pasangan yang terdiri daripada 106,000 individu. Ini satu jumlah yang sangat banyak.

 

Secara puratanya, pada setiap 1 bulan ada hampir 6000 perceraian melibatkan 12,000 individu.

Pada setiap 1 hari ada hampir 200 perceraian.

Pada setiap 1 jam ada lebih kurang 8 perceraian, melibatkan 16 individu.

Pada setiap 7.5 minit, berlaku 1 perceraian.

 

Sepanjang pengajian kita ini nanti, yang mungkin 1 jam 15 minit, secara puratanyalah akan berlaku 10 perceraian. (*Pengajian ini kemudiannya berlangsung selama 1 jam 30 minit)

 

Inilah realiti yang sedang kita hadapi hari ini.

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

 

No comments: