Sunday, December 7, 2025

Pilihlah Calon Pasangan Yang Bagus Keagamaannya

 

“Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka PILIHLAH YANG BERAGAMA nescaya beruntunglah kamu.” (Bukhari)

 

Ada orang yang bagus hartanya - wangnya, ekonominya, gajinya, pendapatannya.

Aad orang yang bagus kedudukannya - pangkatnya, kebangsawanannya, statusnya.

Ada orang yang bagus kecantikannya – rupa parasnya, fizikalnya.

Ada orang yang bagus keagamaannya – ilmunya, amal2nya, pemahamannya, kesedarannya, pandangan2nya.

 

Jika boleh, keeempat2 pun kita nak tetapi sangat sukar untuk mendapatkannya. Jadi, kita dahulukan, utamakan, lebihkan yang bagus keagamaannya.

Jika dapat yang bagus keagamaanya dari awal, biasanya laluan2 seterusnya akan jadi lebih mudah.

Jika dapat yang tidak bagus keagamannya atau yang lemah keagamaannya dari awal – biasanya akan hadapi pelbagai masalah pada kemudian hari. Biasanya kita akan tidak bahagia pada kemudian hari, sekalipun masih hidup bersama. Maka ketidakbahagian itu akan sentiasa atau selalu kita kena tanggung, lalui, bawa, alami - walau 10, 20, 30, 40, 50 tahun. Kita bina rumahtangga ni nak tempah bahagia, bukan nak tempah tak bahagia. Tambah2 kalau tiba2 suatu hari nanti salah seorang sahaja yang berubah mahu hidup beragama (berhijrah), yang seorang lagi tak berminat. Kehidupan akan jadi kurang harmoni atau tidak harmoni, walaupun masih hidup bersama2 hingga ke akhir hayat.

 

Sesungguhnya kejayaan kita dalam agama. Hari akhirat nanti ialah hari agama - Hari ad-Diin. Dalam Surah Al-Fatihah dikatakan : “Maalikiyaumiddin” ertinya (Allah) Pemerintah/ Penguasa Hari Ad-Diin. Jadi, hari akhirat atau hari pembalasan itu juga dikenali sebagai hari agama. Mengapa dikatakan hari agama? Kerana pada hari tersebut tidak ada apa dah yang berguna melainkan agama atau hal2 yang bersangkutan dengan agama. Maka jika kita hendak berjaya pada hari ad-diin, kita utamakan agama (dalam seluruh aspek kehidupan kita).

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

No comments: