Tuan imam kita menulis : “Qalbu itu ada dua pintu. Ada satu pintu yang terbuka ke alam malakut, iaitu menghadap lauh mahfudz dan alam malaikat. Dan ada satu pintu yang terbuka kepada pancaindera yang lima, yang berpegang kepada alamul mulki wasy syahadah (yang menghadap kepada alam di sekeliling kita ini).”
Pintu qalbu yang menghadap ke alam malakut itu, apabila ia terbuka, maka mata qalbu kita akan dapat “melihat” alam malakut itu. Ketika itulah kita dapat ilham atau ladunni, iaitu ilmu terus tanpa belajar.
Umumnya semua orang pun dapat, tetapi oleh sebab kita dapat sangat sedikit, maka tidaklah kita dinamakan sebagai orang yang berilmu ladunni. Ada had2 tertentu yang apabila tercapai, barulah seorang itu katakan berilmu ladunni.
Macamlah orang kuat. Umumnya, semua orang yang normal adalah orang kuat, sebab semua orang ada kuat. Kita boleh angkat gula sekilo, boleh patahkan lidi, boleh baling batu, boleh petik daun, boleh perah kain… sebab kita ada kekuatan. Maka kita semuanya kuat.
Tetapi kita tidaklah disebut sebagai orang kuat melainkan kita tercapai had2 kekuatan tertentu. Contohnya, kita boleh angkat besi 100 kg, boleh tahan kena penumbuk 10 kali tapi senyum je, atau jadi juara gusti lengan. Barulah kot2 dikatakan kita termasuk dalam kalangan yang disebut sebagai orang kuat.
Oleh yang demikian, dalam hal ilmu ladunni ini, kita tidaklah dikatakan berilmu ladunni kerana kita dapat tu jarang2, lemah kekuatannya, sangat sekejap, dan dalam hal2 yang kurang penting. Orang2 yang dikatakan berilmu ladunni termasuklah para wali Allah ini, mereka selalu dapat, kuat dan tepat dapatannya, selalu dapat lama, dan dalam hal2 yang penting.
Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment