TAWAKAL BURUNG (bahagian 1)
Inilah sebuah kisah yang sering disalahguna atau tersalahguna oleh sebahagian orang.
Kisahnya - dalam satu majlis, Imam Malik (meninggal 179 H, pengasas mazhab al-islam atau mazhab fiqh al-Malikiyah) yang merupakan guru kepada Imam asy-Syafi'i (meninggal 204 H, pengasas mazhab al-islam atau mazhab fiqh asy-Syafi’iyah) mengatakan bahawa seseorang itu cukup bertawakkal dengan benar, nescaya Allah akan memberikannnya rezeki. Kata Imam Malik “ "Lakukan YANG MENJADI BAHAGIANMU, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya," demikian pendapat Imam Malik.
Imam Malik menyatakan pendapatnya itu berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw yang mengatakan : "Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan SEBENAR2 TAWAKAL, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung YANG PERGI dalam keadaan lapar lalu pulang dalam keadaan kenyang".
Anak muridnya iaitu asy-Syafi’i pula berkata : "Ya syaikh (wahai tuan guru), seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki?"
Suatu ketika asy-Syafii berjalan-jalan. Dia melihat serombongan orang sedang memanen buah anggur (memetik). Dia pun tolong memetik sama. Setelah selesai, asy-Syafi'i diberi hadiah beberapa ikat anggur.
Asy-Syafi’i pun pergi menemui Imam Malik. Dia meletakkan anggur itu di hadapan mereka lalau menceritakan pengalamannya.
Imam asy-Syafi’I berkata : "Seandainya saya tidak keluar dan melakukan sesuatu (membantu memetik buah anggur), tentu saja anggur ini tidak sampai sampai ke tangan saya".
Imam Malik pun tersenyum lalu mengambil anggur itu dan memakannya. Kemudian Imam Malik berkata : "Hari ini aku memang tidak keluar dari madrasah. Aku cuma melakukan kerja2ku sebagai guru (mengajar sahaja sepanjang hari). Dan aku terfikir - alangkah nikmatnya jika pada hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur. Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga bahagian daripada rezeki yang datang tanpa sebab? Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan rezeki. Lakukan yang menjadi bagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang mengurus lainnya". Mereka pun sama2 tertawa.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment