Wednesday, December 17, 2025

Ilmu Selain Daripada Pancaindera

 

APAKAH BUKTINYA ADA JALAN LAIN UNTUK KITA MENDAPATKAN ILMU SELAIN DARIPADA MELALUI LIMA SUNGAI DERIA?

 

Tentang ilmu2 yang sampai tanpa proses belajar, tanpa melalui lima indera, ada sebahagian orang yang berpegang bahawa :

i)                    Tak ada ilmu2 macam ini. Atau

ii)                  Ilmu2 ini khas untuk nabi2 sahaja. Atau

iii)                Ilmu2 macam ini hanya untuk nabi2 dan wali2 je. Atau

iv)                Dulu2 memang ada. Tapi zaman sekarang dah tak ada dah ilmu ni.

Kita sudah huraikan lebih lanjut akan kupasan Imam al-Ghazali berkaitan hal ini dalam kuliah yang lalu. Boleh tonton semula rakamannya ( di yu ti yub di channel senidakwah)

 

Imam al-Ghazali bagitau : “Tentang terbukanya  pintu qalbu yang masuk ke alam malakut dan dapat “membaca” lauh mahfudz, maka mempelajarinya dengan ilmul yaqin, adalah dengan memerhatikan (meneliti, bertafakkur, mengkaji) tentang keajaiban mimpi. Lalu qalbu dapat melihat dalam tidur apa yang akan terjadi pada masa depan, atau apa yang telah terjadi pada masa yang lalu, tanpa dipetik dari segi pancaindera.”

 

Sewaktu kita tidur, mata kita tidak melihat apa2, telinga kita tidak mendengar apa2, hidung kita tidak mencium apa2, lidah kita tidak merasa apa2, kulit badan kita pun tidak merasa apa2. Pendek kata, pancaindera kita sedang tidak berfungsi. Lima sungai deria kita sedang tidur. Lalu, dari mana maklumat2 dalam mimpi itu berasal? Dari mana ilmu dalam mimpi itu datang? Ia datang dari suatu “tempat” yang selain daripada 5 sungai pancaindera.

 

Jelaslah bahawa kita memang boleh mendapat ilmu atau maklumat selain daripada yang datang melalui lima deria (pancaindera). Maka tertolaklah pegangan orang2 yang menafikan kewujudan ilmu ladunni. Tertolak jugalah pegangan orang2 yang mengatakan bahawa maklumat ladunni ini tidak wujud, atau hanya diperolehi oleh nabi2 dan wali2, atau zaman sekarang sudah tidak ada lagi ilmu ladunni ini.

 

Dari sudut yang lain, lebih malang lagi, ilmu ladunni ini sekarang sering dikaitkan dengan ilmu pukul jarak jauh atau orang pukul kita tak sampai pukulannya. Kononnya itulah ilmu ladunni.

 

Jika dalam tidur pun ada kalanya kita dapat mengambil manfaat terus daripada lauh mahfudz tanpa melalui 5 sungai pancaindera, maka dalam keadaan2 lain pun boleh, seperti ketika kita jaga (sedar), dan ketika kita sedang terlarut dalam zikrullah. Dalam keadaan 5 pancaindera tertutup, ilmu atau maklumat masih dapat masuk ke dalam diri kita.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

No comments: