Sunday, December 14, 2025

Wirid Siang dan Malam Menurut Imam al-Ghazali

 

WIRID SIANG & MALAM MENURUT IMAM AL-GHAZALI

 

Wirid yang dimaksudkan di sini ialah waktu-waktu yang berbeza yang diisi dengan amal ibadah tertentu. Ada 7 wirid siang dan 5 wirid malam.

 

Wirid Pertama : Terletak antara terbit fajar sehinggalah terbit matahari.

 

Wirid Kedua : Terletak antara terbit matahari dan separuh waktu dhuha. Lebih kurang 3 jam.

 

Wirid Ketiga : Terletak antara separuh waktu dhuha dan gelincir matahari. Lebih kurang 3 jam.

 

Wirid Keempat : Terletak antara gelincir matahari dan selepas solat zuhur.

 

Wirid Kelima : Terletak antara selepas solat zuhur dan masuk waktu ‘asar.

 

Wirid Keenam : Terletak antara waktu ‘asar dan menguningnya matahari petang.

 

Ketujuh : Terletak antara waktu menguningnya matahari petang dan masuk waktu maghrib.

 

 

WIRID MALAM

 

Wirid Pertama : Antara terbenamnya matahari (masuknya waktu maghrib) dan masuk solat ‘isya’.

 

Wirid Kedua : Antara masuknya waktu ‘isya’ dan waktu tidur.

 

Wirid Ketiga : Antara waktu tidur dan separuh malam.

 

Wirid keempat : Terletak antara separuh malam hingga ke 1/6 malam terakhir.

 

Wirid Kelima : 1/6 yang terakhir daripada waktu malam.

 

 

Sekiranya berpeluang, penuhilah 12 wirid siang dan malam ini dengan amal ibadah.

 

-          Catatan kuliah live streaming ke-34 di channel Tlgrm ILMU2 IMAM AL-GHAZALI pada 1/11/25 (Petikan, Ringkasan & Rumusan Ihya’ ‘Ulumuddin), Tertib Wirid & Waktu2nya (Galaksi & Orbit Wirid), Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

No comments: