USAHA & IKHTIAR MEMILIH “KELAJUAN” (bah. 4)
Contoh daripada pengalaman saya sendiri : Sebelum berumahtangga itu katakanlah kelajuan saya macam helikopter buruk (sekitar 500-600 km/j). Zaujah saya ni berkelajuan motosikal biasa 100 km/j, sebab dia juga murid kepada mursyid saya dalam Tariqah Ghazaliyah. Dia selalu pergi ke pengajian2 tok guru kami tu.
Zaman tu pula saya rajin buat halaqah2 usrah remaja (1999-2012). Ada halaqah lelaki dan ada halaqah perempuan. Berapa generasi tu? Banyak generasi juga sejak 199 sampailah 2012. Isteri saya ini memang sudah dua tahun berada dalam salah satu halaqah usrah itu. Dia memang sudah di bawah tarbiyah saya sendiri secara langsung selama dua tahun. Jadi, kelajuan dia sudah upgrade kepada kelajuan kereta biasa (150 km/j).
Maka sebaik2 sahaja kami berumahtangga, kami dapatlah terus bergerak seiringan dalam kelajuan sekitar 180 km/j. Daripada 600 km/j turun kepada 180, kira ok dah tu (sebagai permulaan kelajuan tasawuf dan perjuangan agama dalam berumahtangga)
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment