Sunday, December 7, 2025

Tetapan Minda dalam Membina Rumahtangga Tasawuf dan Perjuangan

 

Dalam usaha hendak membina rumahtangga tasawuf & perjuangan agama ini, kita kena sedia maklum, kena sedia terima, kena set dalam minda siap2, bahawa kehidupan suami isteri itu tidak sama dengan keadaan hidup suami isteri yang lain.

 

Macamlah kita hendak membina rumahtangga atlet. Ibu bapanya ahli sukan olahraga. Anak2 pun didorong jadi atlet. Masing2 ada komitmen dan jawatan dalam bidang olahraga. Rutin latihan, diet pemakanan, bahan2 bacaan yang dibeli dan dibaca, laman2 media yang dilayari, tempat2 yang dikunjungi, orang2 yang dihubungi dna ditemui… umumnya banyak tidak sama dengan rumahtangga2 yang bukan atlet. Jika kita hendak membina rumahtangga atlet, tetap masih nak hidup biasa macam keluarga2 lain, matlamat kita taklah sampai ke mana sangat.

 

Begitulah halnya dengan rumahtangga tasawuf, rumahtangga perjuangan agama, dan rumahtangga tasawuf & perjuangan agama. Jika kita hendak ke arah itu, tetapi kita hanya mahu hidup biasa2 macam rumahtangga yang lain, matlamat kita tidak akan sampai ke mana2 sangat. (Ertinya, kena ada pengorbananlah)

 

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

No comments: