Nak rumahtangga tasawuf, kenalah mengaji ilmu tasawuf. Bawalah pasangan ke majlis2 pengajian, ke majlis2 tok guru, atau jika si suami berkeahlian, si suami sendiri yang ajar.
Jika salah seorang sahaja yang ada ilmu, ada tahu, ada faham, ada sedar, ada tindakan – macam mana nak dapat?
Dia (si isteri) tidak diajar, tidak diberi belajar, atau tidak dibenarkan belajar. Kemudian kita hendak dia juga turut sama berusaha ke arah membentuk sebuah rumahtangga tasawuf dan perjuangan. Macam mana dia nak buat tu?
Lepas itu kita mungkin mengeluh, kecewa, berasa gagal nak capai matlamat, kita tertekan, kita putus asa, salah-menyalah dsb.
Macam manalah kawan tu nak ikut dan nak faham kalau dia tak didedahkan dengan tasawuf dan perjuangan?
- Rumahtangga yang ada wakil ahli tasawuf di dalamnya, agak banyak juga yang ada.
- Rumahtangga yang ada wakil ahli perjuangan agama di dalamnya, pun agak banyak juga.
- Yang agak kurang ni ialah rumahtangga tasawuf.
- Yang agak kurang juga ialah rumahtangga perjuangan agama.
- Yang kurang banyak lagi ialah rumahtangga tasawuf DAN perjuangan agama.
Jika kita tidak berjaya dapat atau sudah terlepas peluang, kita PUSTAKAKAN ilmu ini di dalam dada untuk kita usahakan kepada anak cucu kita, adik2 kita, dan umat Islam lainnya. Bukannya kita tidak mahu, kita sudah berusaha tapi tidak direzekikan. Maka janganlah matikan peluang itu pada diri kita sahaja, jangan terhenti pada diri kita sahaja, kita panjangkan pula kepada orang2 lain.
- Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25
No comments:
Post a Comment