Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin ini ibaratnya jika dilipat hanya akan sebesar kuku, tetapi jika dibentang (disyarah), ia akan jadi seluas alam. Segala isi kandungan kitab Ihya’ ini, jika mahu dikompakkan, diringkaskan dan dipadatkan - hanya akan jadi sepanjang namanya sahaja iaitu “Ihya’ ‘Ulum ad-Diin”. Secara umumnya, segala isi kandungan dan matlamat kitab induk Ihya’ ini terdapat dan terpadat pada namanya.
Sekiranya mursyid sahaya dulu hendak mensyarahkan nama Ihya’ ‘Ulumuddin ini sahaja, rasanya boleh pergi sampai 7 hari atau 7 malam. 4 fardhu ad-diin atau 4 tungku agama yang berada dalam nama Ihya’ ‘Ulum ad-Diin ini sahaja sudah sangat panjang syarahannya. Belum campur syarahan tentang ihya’ dan ‘ulum. Sebab itulah jika orang tua2 kata syarah tajuk sahaja 7 hari 7 malam tak habis, saya rasa hal itu memang tidak mustahil. Wallahua’lam.
Sekiranya kita mahu syarahkan kitab induk Ihya’ ini dengan sebenar2 syarahan lagi sehalus2 syarahan, tidak akan cukup umur kita dan tidak cukup segala kertas di dunia ini untuk menulis syarahannya.
Maka sebahagian ulama berpandangan, seandainyalah kesemua kitab di dalam dunia ini lenyap serentak dan yang tersisa hanyalah kitab Al-Quran dan kitab Ihya’, maka itu sudah cukup untuk membangunkan semula satu tamadun yang cemerlang dalam keduniaan, lagi mantap dalam keempat2 tungku ad-diin – al-iman, al-islam, al-ihsan & sa’ah.
Dalam hal meringkaskan dan memadatkan maklumat ini, ia ibarat lencana pada baju. Jika disimbolkan atau dilogokan, lencana itu sebesar 3 jari sahaja. Tetapi jika dihuraikan yakni disyarahkan akan pengertian2 yang ada pada lencana itu, ia boleh jadi sebuah buku. Baik lencana sekolah, pasukan keselamatan, pertubuhan2 silat, atau sebagainya.
Ada isu oleh segelintir orang yang kata kalau nak tulis “Rasulullah saw” dalam tulisan rumi ni kena tulis penuh. Tulis singkat “saw” tak boleh. Kita pun tanya - tak boleh tu level mana? Haram? Berdosa? Makruh? Mereka pun tak boleh nak jawab.
Padahal dalam penulisan2 kita memang biasa pun dan memang kita gunakan pun. Contohnya Allah SWT, Allah AWJ, Al-Quran (AQ), sahabat r.a/r.ha/r.hum, aslkm wbt, insya-Allah (IA), dsb. Sebenarnya boleh sahaja. Kadang2 dalam mesej sesama kami, kami gunakan A (huruf besar) untuk Allah, R untuk Rasulullah, AS WBT untuk assalamu’aikum wbt, IA untuk insya-Allah, dsb.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment