Apakah hubungan antara qalbu, ilmu dan pancaindera?
Berkata al-Imam al-Ghazali : “Hati itu seumpama kolam, ilmu itu seumpama air, dan pancaindera yang lima itu seumpama sungai.”
Qalbu kita ini ibarat sebuah kolam atau tasik. Ilmu itu pula ibarat air. Sementara pancaindera yang lima itu ibarat lima buah sungai.
Lima batang sungai ini mengalirkan airnya masuk ke dalam kolam besar tadi. Maksudnya, ilmu atau maklumat mengalir masuk ke dalam kolam hati kita melalui sungai pendengaran, sungai penglihatan, sungai penghiduan, sungai penjamahan, dan sungai perasaan. Dengan lima sungai inilah terbentuknya ilmu yang ada di dalam qalbu kita.
Melalui sungai pendengaran, kita boleh dapat maklumat tentang bunyi dan sumber asli bunyi2 itu. Contohnya kita terdengar suara kucing.
Melalui sungai penglihatan, kita dapat maklumat tentang perbezaan antara manusia, haiwan, tumbuh2an, cerah gelap, jauh dekat, tinggi rendah dsb.
Melalui sungai penghiduan kita dapat maklumat tentang wangi, busuk, sedap, basi, perbezaan bau buah2an dsb.
Melalui sungai penjamahan, kita dapat maklumat tentang kasar atau halus, kesat atau licin, sakit atau selesa, panas atau dingin, berat atau ringan, dsb.
Melalui sungai perasaan pula, kita dapat maklumat tentang masam, manis, masin, pahit, percampuran antara rasa2 itu, sedap, tak sedap dsb.
Kesemua maklumat2 ini dihantar ke kolam qalbu iaitu hati kita.
Tetapi, bukan semua air kolam itu datang daripada lima batang sungai ini sahaja. Kolam itu sendiri pun mampu mengeluarkan airnya sendiri. Ertinya, kadang2 maklumat datang daripada hati kita sendiri. Tak perlu datang melalui 5 deria tadi pun.
Kata al-Imam al-Ghazali : “Bagaimana ilmu itu terpancar dari qalbu itu sendiri sedangkan qalbu itu kosong daripada ilmu?”
Macam mana dari dalam kolam hati itu sendiri boleh keluar air? Dari mana datangnya kalau bukan daripada lima batang sungai deria tadi?
Sebenarnya di dalam atau di bawah kolam itu sendiri ada mata air. Dari dalam qalbu kita sendiri ada sumber maklumat. Air yang dari dalam atau dari bawah kolam itu adalah lebih jernih, lebih bersih, lebih berkualiti, lebih berkhasiat, dan lebih hebat daripada air2 lima batang sungai tadi.
Ada kolam yang mata airnya selalu keluar.
Ada kolam yang mata airnya sesekali keluar.
Ada kolam yang mata airnya jarang2 keluar.
Kata al-Imam : “Lalu terpancarlah air dari bawah kolam itu. Air itu lebih jernih dan berterusan. Bahkan kadang2 melimpah2 dan lebih banyak.”
Dalam kata lain, bukan semua ilmu atau maklumat datang daripada lima batang sungai deria itu sahaja. Ada ilmu atau maklumat yang datang daripada kolam hati itu sendiri. Ilmu atau maklumat inilah yang disebut sebagai ilham atau ilmu ladunni. Inilah ilmu yang diperoleh tanpa proses belajar.
Imam al-Ghazali menyatakan : “Ketahuilah kiranya, bahawa hal ini termasuk sebahagian daripada keajaiban rahsia qalbu.”
Sesuailah dengan tajuk kitab ke-21 ini iaitu Kitab Kejaiban Qalbu atau Keajaiban Hati.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember
No comments:
Post a Comment