Sunday, December 14, 2025

Sumber Air Ghaib dari dalam Qalbu

 

Rata2 orang tidak peduli atau kurang peduli akan sumber air ghaib yang di dalam bumi di bawah dasar kolam qalbu ini. Mereka hanya tumpu kepada 5 sungai zahir iaitu lima sungai pancaindera, terutamanya sungai telinga dan sungai mata. Kita disuruh dengar, dengar dan dengar. Serta kita disuruh lihat, lihat dan lihat. Dari situlah kita kumpul, kumpul dan kumpul maklumat.

 

Dua sungai inilah yang terbanyak, selebihnya yang 3 sungai lagi. Baik di madrasah2, di masjid surau, di sekolah2 agama, di sekolah2 biasa, di tahfiz2, di pusat2 pengajian tinggi (universiti2), dan di mana2lah. Ilmu dan tarbiyah berkaitan mata air ghaib itu tidak dijadikan sukatan pelajaran rasmi.

 

Apatah lagi ilmu2 lanjutannya. Umumnya tidak ada di tempat2 yang dinyatakan tadi. Ia biasanya berada di luar daripada tempat2 itu. Antaranya di dalam tariqah2 (tarekat2), atau pada guru2 mursyid tertentu.

 

Hendak sampai ke situ, hendak mendapatkan yang lanjutan, yang lebihan, hendak dapatkan pengkayaan,  selain daripada kita berdoa memohon, kita kena usaha berguru, Sudah berguru kena belajar. Jiak ada guru tetapi tidak belajar, tidak ada gunanya juga. Sudah belajar kena amalkan apa yang dipelajari. Sambil beramal kena cari faham/ pemahaman. Sudah faham akan datang sedar/kesedaran. Sudah ada kesedaran akan datang tindakan lanjut. Tindakan lanjut inilah yang akan mendatangkan pengkayaan, pemurnian, dan nilai tambah.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments: