Sunday, December 14, 2025

Empat Tingkatan Alam

 

Menurut Imam al-Ghazali, dalam hal keajaiban qalbu ini, alam ini seolah2 ada 4 tingkatan alam :

 

i) Tingkatan yang pertama : Allah sudah “menuliskan” pada lauh mahfudz akan kejadian langit dan bumi. Ini merupakan copy asal.

 

ii) Tingkatan kedua : Kemudian Allah jadikan langit dan bumi, sama 100% dengan apa yang “tertulis” pada lauh mahfudz itu. Misalnya seorang hamba Allah melihat ke langit dan bumi. Katakanlah namanya Ahmad. Ahmad menggunakan inderanya yang iaitu mata, melihat, penglihatan. Langit dan bumi yang dilihat oleh Ahmad itu sama 100% dengan copy asalnya pada lauh mahfudz.

 

iii) Tingkatan ketiga : Kemudian Ahmad memejamkan matanya. Walaupun matanya terpejam, tetapi rupa langit dan bumi itu ada dalam khayalannya (dalam daya gambarannya). Seolah2 dia sedang melihat langit dan bumi itu depan2. Katakanlah langit dan bumi yang dilihatnya itu lenyap, tetapi langit dan bumi yang berada dalam khayalannya, dalam gambarannya atau di dalam dirinya itu masih ada. Terakam sekejap dalam khayalannya. Namun peratusan ketepatannya tidak menentu, kerana ada kelemahan2 dalam daya khayalan kita.

 

iv) Kemudian, alam yang berada dalam khayalannya/ gambarannya itu berbekas pada hatinya. Fail rakaman itu berpindah kepada hard disk iaitu qalbu. Namun peratusan ketepatannya tidak menentu, kerana ada kelemahan pada qalbu kita.

 

Umumnya,

·         Maklumat yang ada di dalam qalbu kita ini bersesuaian dengan maklumat yang ada dalam khayalan/gambaran kita itu.

·         Maklumat yang ada dalam khayalan kita itu bersesuaian dengan maklumat yang ada pada alam.

·         Maklumat yang ada pada alam ini pula, bersesuaian dengan maklumat yang ada pada al-lauhul mahfudz.

 

Hendak memahamkan isi kandungan kitab Ihya’ ini, memang kita hurai panjang dan membuat banyak contoh2. Tujuannya supaya hidangannya sesuai untuk orang2 yang rendah penguasaannya, juga untuk orang2 yang sederhana penguasaannya, juga untuk orang2 yang tinggi penguasaannya. Orang bawah2 insya-Allah boleh faham, orang2 atas2 pun mudah faham. Jadi, kitab Ihya’ ini umumnya ia sesuai untuk semua peringkat. Tapi para penyampainya kenalah ada ilmu dan kemahiranlah dalam membuat penyampaian isi kandungannya. Dalam Tarekat Ghazaliyah, memang diajar tips2, kaedah, cara2 menyampai agar sesuai untuk ketiga2 peringkat manusia dan jin.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-298 (tahun ke-15) syarahan Keajaiban Qalbu oleh Paklong Abu Zulfiqar pada 6 Disember

No comments: