Sunday, December 7, 2025

Mengapa Anak2 Malas Beramal?

 

PERSOALAN : Secara ringkasnya, orang yang bertanya ini anak sulungnya sudah berada di sekolah menengah. Dia dan isterinya tiap2 hari suruh anak mengaji Quran dan berwirid, dengan harapan agar anak cenderung ke arah tasawuflah. Tetapi si anak ini kalau dipaksa, baru dia buat. Nak kata si anak buat sendiri, tak ada. Padahal anak ini 6 tahun dok sekolah KAFA dan boleh mengaji. Mengapa jadi macam tu?

 

Maka saya pun bertanya : “Tuan tilawah Al-Quran dan berwirid setiap hari? Anak2 ada nampak tak?”

Jawapannya : “Jarang2.”

Bertanya lagi : “Isteri ada tilawah A;-Quran dan berwirid setiap hari? Anak2 ada nampak tak. Atau kurang2 terdengar pada tiap hari?”

Jawapannya : “Jarang juga.”

Mungkin ada faktor2 lain, tetapi itulah faktor pentingnya.

 

Dalam hal ini, jiak kita mahukan anak2 buat apa yang kita harapkan, kita kena tunjukkan contoh. Tunjukkan contoh itu kena kedua2 belah pihak – bapa dan ibu. Jika satu pihak sahaja yang buat, kebarangkalian besar anak2 tak akan mengikut.

 

Contohnya : Katakanlah ada sepasang suami isteri yang mempunyai 10 orang anak. Mereka harap anak2 ni dengan sendirinya nak baca Quran setiap hari. Ada 3 keadaan :

1.      Keadaan pertama - Ibu bapa yang sejak anak2 kecil lagi sekadar suruh, tekan, marah, gesa, galakkan, cakap tiap hari, sindir dsb – nak lekat pada 1 orang anak pun susah.

2.      Keadaan kedua - Jika sejak anak2 kecil lagi (sebaik2nya sebelum mereka mumayyiz), salah seorang sahaja yang buat dan tunjukkan contoh pada setiap hari. Maka daripada 10 orang anak, mungkin akan lekat pada 1-2 orang anak sahaja. Mengapa tak lekat pada anaka2 yang lain? Kerana minda sedar dan minda bawah sedar mereka “merakam” bahawa hal itu adalah PILIHAN sahaja, bahkan pilihan yang ringan. Umumnya manusia lebih cenderung untuk memilih yang lebih senang – lalu jiwa mereka memilih untuk tak buat.

3.      Keadaan ketiga - Jika sejak anak2 kecil lagi (sebaik2nya sebelum mereka mumayyiz), kedua2 orang buat dan contohkan pada setiap hari, insya-Allah daripada 10 orang anak, 7-8 orang akan lekat. Mengapa begitu?Kerana minda sedar dan bawah sedar mereka “merakam” bahawa hal itu seakan2 KEMESTIAN. Maka sekarang atau suatu hari nanti mereka akan cenderung untuk buat walaupun tidak disuruh.

 

Samalah halnya dalam perkara2 lain. Hendak membentuk anak2 yang dengan sendirinya mahu mengerjakan solat fardhu, rajin mengerjakan solat2 sunat, merutinkan tilawah Al-Quran, suka tadabbur Al-Quran, mahu menghafaz, rajin berdakwah, rajin menuntut ilmu2 agama, mempraktikkan amalan2 dan bacaan2 sebelum tidur, rajin berlafaz zikrullah, rajin membaca dsb, jika salah seorang sahaja ibu bapa yang buat dan mencontohkan, kemungkinan besar anak2 tidak akan terikut. Tetapi jika kedua2 suami isteri buat dan contohkan pada setiap hari, insya-Allah anak2 akan terikut dengan sendirinya.

 

Kesimpulannya, dalam melihat kedegilan anak2, jangan dilupa akan kedegilan kita sendiri. Silap pada anak ada, silap pada kita pun ada.

 

 

-          Catatan Pengajian Khas Kitab Adab Pernikahan (daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) – Membina Rumahtangga Tasawuf & Perjuangan Agama oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari, 29.11.25

No comments: